Saturday, May 22, 2010

Fikirlah sejenak,apakah diri kita....


Wahai jiwa-jiwa sekalian,




Setiap malam,sebelum merebahkan diri,sebelum melelapkan mata,sebelum diri diulit mimpi,bertafakurlah sebentar dan cuba tanya-tanyakan pada diri, “Adakah sudah meningkat ketaqwaanku pada hari ini? Adakah sudah meningkat amalan solehku pada hari ini?”



Flashback kotak fikiran kita. Imbas kembali gerak langkah kita sepanjang siang tadi. Bandingkan amalan semalam dengan amalan hari ini. Jika amalan hari ini lebih baik, itu tandanya sudah ada peningkatan taqwa dalam diri. Tak kira sama ada amal itu berkaitan dengan urusan hablumminallah ataupun hablumminannaas.



“Tafakurlah sebelum tidur untuk menghisab diri di atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar al-Khattab menyiasati dirinya denga pelbagai persoalan tentang dosa-dosanya pada siang hari.”-Imam Syafie



Saidina Umar al-Khattab selalu berpesan sewaktu pemerintahan beliau dahulu agar menekankan 3 aspek dalam kehidupan iaitu QIAM,JIHAD,MUHASABAH.



Sentiasalah paut hati kepada Allah kerana fitrah kejadian manusia tak lari daripada hidup ber’Tuhan’. Dialah satu-satunya Tuhan kita. Kepada-Nya kita berserah, memohon, bertawakal. Bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan-Nya yang sememangnya tak dapat dinilai dengan jari kita pun. Macam mana tanda kita bersyukur?? Antaranya, beribadahlah kepada-Nya sehabis baik..“wain ta’udduu ni’matallahilaa tuhsuuhaa..”



AYUH!!! DEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH TUHAN KITA...

No comments:

Post a Comment