Situasi 1
YM dengan seorang `kawan biasa` yg bergelar lelaki..
Mr X = Salam…sehat?
YM dengan seorang `kawan biasa` yg bergelar lelaki..
Mr X = Salam…sehat?
Miss S = Salam..sehat alhamdulillah..
Mr X=ni nk bgtaw,hujung minggu ade meeting kat tempt biasa pkul 5.jgn lupe bgtaw bdk2 yg lain ye.
Miss S = InsyaAllah..nanti sye smpaikan..
Mr X = Byk perkara nk bncang nie..eh,awk xbalik umah ke hjung minggu nie??awk kan ank manja..hahaha…
Miss S = Sye ank manja?tlg skit..awk tu pn sme..bla..bla..haha..blaa..
Mr X =ye la..ank manja slalu mcm nie..bla..bla..sush la nanti da kawen..bla..bla..
Situasi di atas sering kali terjadi. Mula-mula ym perkara penting,lpas tu, gurau-gurau pula, lepas tu???
Situasi 2
Berjalan-jalan di shopping complex. Tiba-tiba…
Berjalan-jalan di shopping complex. Tiba-tiba…
P : weh..ko lagi,xde org lain ke lagi?alang-alang dh jmpe,belanja lah kitorang makan sekali..hehe
L: lah..kau lagi..hehe..jodoh kot..eh, kenapa pulak aku yang kena belanja makan,kau lah..kau ni pun, asyik shopping je keje..
Gelak-gelak dengan lelaki..dah biasa jadi kat diri anda?? `alaaa..grau2 je la..rapatkan `ukhwah`,bukan apa-apa pun. Lagipun tu kawan dari kecik lagi`..hmm
Situasi 3
SMS masuk..(apa-apa ringtone mengikut kesukaan anda)
`Salam.kat mne?nk bagi borng nie.`(Sasuke)
`salam.kat luar nie.erm,nanti la bgi.`(sakura)
`oo..patt la tadi nmpak rmai2 kuar..pkai bju lebh krng sme..g nasyid eh??haha`(Sasuke)
`eh,mne taw nie..hehe..sje la..`(sakura)
hmm…mase nie,dua2 dh mule senyum sorg2..knape tersenyum?terhibur?terleka kejap?
Tiga situasi yang digambarkan di atas sering jadi dalam kehidupan kita.Gurauan yang di sangkakan sekadar untuk meraptkan ukhwah antara lelaki dan perempuan..
Sedarkah kita,apa yang kita kelakukan ini telah mengurangkan lagi BATAS atauLINE pergaulan antara kita dengan dia? Sedarkah kita,gurauan yg `biasa` ini menjadikan kita seorang muslimah yg sudah tiada malu dalam diri? Sedarkah kita,gurauan kita ini kadang-kadang telah merosakkan organ terpenting dalam diri iaitu hati?
`Bila kamu tiada malu,berbuatlah sesuka hatimu` (HR Bukhari)
Hati bila dah biasa dengan gurauan seperti ini,makin menghakis rasa malu antara kita. Mula-mula`suke` dengan perasaan ini..lepas tu..mula jatuh cinta..ye cinta.. tak mustahil..sebab kita manusia lemah..yang sangat lemah..
Ingatlah wahai saudaraku,kita adalah wanita muslimah ciptaan Allah dari rusuk lelaki.Diri kita dicipta dengan penuh keindahan. Biarlah kita digelar sombong mahu pun kolot di hadapan lelaki, tetapi biarlah kita menjadi seorang yang solehah , penyayang, mesra dan sebagainya di hadapan suami kita. Hanya untuk SUAMI kita.
Semua ini adalah ujian dunia buat kita semua.Jangan jadikan perkara `biasa` ini merubah perspeksi kaum Adam terhadap kita. Terlalu mudah dibawa bergurau,terlalu mudah mendedahkan suara(dengan gelak tawa)..Seindah hiasan adalah wanita solehah..
Diri ini mudah lalai dan leka maka peringatan selalu diinginkan. Bila lagi kita nak berubah?Jika bukan sekarang bila?
Nak tunggu hidayah datang dulu…sampai bila nak tunggu?
Jangan manjakan diri sendiri. Apabila terdetik satu kebaikan untuk dilakukan maka teruskanlah. Jangan ditangguh kerana umurmu bukan milikmu.
`Islam itu indah`
Peringatan buatku- “Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
Nota kaki 1 : Artikel ni ada dapat daripada bekas senior ana kat SMAKJ dulu...moga bermanfaat
Nota kaki 2 : Naik cuti ni ana ade exam.Doakan ye.Ya Allah, bantulah kami....
Nota kaki 3 : Baru balik dari Angsana.Dapat beli buku baru.(Jom Try Cinta Islam dan Where Rainbows End)
Nota kaki 4 : Muhasabah diri selalu....=>
No comments:
Post a Comment