Tuesday, July 6, 2010

Nak jodoh macam mane.........????


Assalamualaikum.........
Uiih.....dah bersawang aku tinggalkan blog ni.Berhabuk btol...Fuh!!
Erm...kat sini aku nak kongsi sedikit ilmu yang aku dapat daripada kawan...
Setiap orang memang ade keinginan untuk membina baitul muslim yang dipenuhi dengan sakinah,raudhah dan keberkatan.Betul tak?Mestilah.....sebab itu merupakan fitrah manusia.Setiap mahkluk yang diciptakan Allah tentu ade pasangannya.Macam tulah manusia...lelaki dan perempuan.





Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar bahawa peluang tidak datang bergolek, begitu juga dengan jodoh. Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga dipertemukan dengan lelaki yang baik dan soleh. Ingat! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, bukannya lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik dan sebaliknya.
Jangan berasa rendah diri, ingatlah bahawa segala yang diciptakan Tuhan adalah cantik. Jika inginkan jodoh yang baik, perbaikilah diri anda, muhasabahlah diri, hentikan perkara yang dilarang-Nya dan kerjakan segala perintah-Nya selagi pintu taubat masih terbuka luas. Teruskanlah berusaha kerana dirimu begitu berharga.(p/s:Ingatan buat diri juge......)


Ya!Sumber jodoh terbahagi kepada 3 bahagian:



1) JODOH DARI SYAITAN

iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. apabila si perempuan tadi mengandung,barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya. lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH
                                                                          iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. perempuan tadi menerimanya. mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. bercinta sampai ke syurga..itulah syurga cinta..tanpa berlakunye sebarang bentuk kemaksiatan..








Pesanan M.U.J.A.H.I.D.A.H:Sem0ga diri ini bertemu j0d0h dari ALLAH..j0d0h yang membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat..insyaALLAH 
~Khas buat diri yang selalu alpa~


Doakan penyakit gatal-gatal kat kaki saya ni sembuh ye.Amin..........
Semoga ujian yang ALLAH beri ini memjadikan diri dapat membaiki diri dan bermuhasabah selalu.(",)



No comments:

Post a Comment