Tuesday, December 21, 2010

Jalan2 beli buku...


                                        ~Bismillahirrahmanirrahim~


Alhamdulillah,hari ni puas ana dpt pegi jalan2 ngan family kat Plaza Angsana.....walaupun letih,tetapi sebab nak beli buku punya pasal sanggup kuatkan diri ni....


Bila fikir2 balik,sebenarnya dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah yang taat kene macam tu jugak.Betul tak?Kalau benda remeh2 kat dunia ni kita sanggup lakukan,takkan ibadah kita seperti solat yang sangat wajib tu pun kita nak tinggalkan?




Itulah manusia,kadang2 bende macam ni yang selalu kita pandang enteng.Kalau dosa sesama manusia cepat untuk kita minta maaf,tapi dosa kita dengan Allah?Astaghfirullah...... Ya Allah,ampunilah dosaku.Mungkin sebab kita ni  menganggap bahawa Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pemurah sehingga kita masih melambat-lambatkan taubat kita kepadaNya.....


Susah diri ini untuk bermuhasabah.Rakan-rakan,mungkin sekarang kalian sibuk dengan tugasan masing2 di dunia ini.Tetapi,tidak bolehkah masa kalian yang ada untuk beberapa minit untuk diluangkan bersama Allah?Dan bila difikirkan kembali,dari manakah rezeki dan wang yang kalian peroleh itu datang?Tidak pernahkah kalian terfikir?


Sungguh hina diri ini jika kita tidak mampu berfikir seperti itu.Ana nasihatkan untuk diri yang khilaf ini juga,marilah kita sama-sama bermuhasabah diri yang hina ini.Jika kita tak dapat lakukan ia setiap hari,mungkin kita boleh lakukannya pada hujung minggu.Flashback kembali apa yang sudah kita lakukan sepanjang seminggu ini.....




Ok,balik semula kepada tajuk asal ana,ana dah beli 3 buah buku!wah,sebulan ni kena habiskan.Moga bermanfaaat!!!hihihihi....5 bulan ana jimat duit,akhirnya dapat gak beli buku idaman....wawawa....


#Nilah buku-bukunya.....:)
                                                    Buku yang ana idam2kan slama ni...


menyingkap penindasan sebuah keluarga muslim di granada setelah empayar muslim runtuh, porak peranda, hancur tidak berbentuk...

RINDU ANDALUSIA menyelami penderitaan keluarga Abu Jaafar di tengah keruntuhan kota Cordova. Ratusan kitab kesayangan beliau dibakar oleh tentera Castile di laman Bab el-Ramlah. Badan Inkuisi Granada merampas semua kitab berbahasa Arab dari masjid, pusat sumber, sekolah dan orang perseorangan. Masjid diubahsuai menjadi gereja dan katedral. Kalau ingin selamat minta saja dibaptis menjadi kristian. Anak cucu Abu Jaafar bertahan menjadi Muslim. Di dalam rumah solat dan berkomunikasi dalam bahasa Arab tetapi di luar rumah mereka berbahasa Castile, menggunakan nama baptis dan menghadiri "misi suci" pada hari ahad di gereja.

Sampai bilakah Saleemah, Saad, Hassan, Mariama dan semua keturunan Abu Jaafar sanggup mempertahankan iman?
Mampukah mereka bertahan daripada kekejaman yang bersembunyi di sebalik "misi suci" itu?

                                       Rindu nak berkenalan dengan sejarah kota ANDALUSIA


Tariq bin Ziyad asalnya seorang hamba. Disebabkan memiliki sifat-sifat yang terpuji,dia dilantik oleh Musa bin Nusair menjadi pembantunya dan seterusnya diberi kepercayaan memimpin 12,000 tentera Islam ke Sepanyol. Tariq menganggap kedatangan mereka ke Sepanyol hanya untuk syahid ataupun mengalahkan musuh. Dia sanggup membakar kapal perang yang mereka naiki supaya tentera Islam di bawah pimpinannya tidak bercita-cita untuk pulang. 'Di belakang kita laut, di depan kita musuh. Kita terpaksa memilih kemenangan ataupun syahid.' Kata-kata keramat Tariq berjaya meniupkan kembali semangat jihad di kalangan tentera Islam.
                                                                                 Alhamdulillah.........best buku ni.....



novel ini menceritakan tentang Islam adalah agama pelengkap kehidupan yang dibawa oleh rasul terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Cerita ini bermula dengan penemuan dua anak remaja yang sedang dalam perjalanan ke Pulau Pinang menaiki kereta api. Nizam, seorang anak muda yang belajar di salah sebuah IPTA, Shah Alam. Berperwatakan ala2 rockers dengan rambut yang panjang dan membawa gitar kapok di belakangnya. Rini pula seorang gadis periang dari jurusan Sains Gunaan daripada salah sebuah universiti tempatan.
Pengembaraan cerita ini bermula apabila Nizam diasak dengan 'soalan2 maut' secara bertalu-talu daripada Rini tentang mengapa kita perlu menyembah Allah. Dari situ penulis mula mengupas secara kemas tentang Islam dan pentingnya kita memahami agama Allah satu persatu. Dengan memberi contoh yang mudah difahami sebagai metafora bagi memberi gambaran yang lebih jelas kepada Rini atau kepada pembaca membuatkan kita juga akan lebih memahami apa itu Islam. Bahagian pertama ini menjelaskan apa itu rukun Islam dan rukun Iman. Saya pasti kita semua hafal tentang rukun Islam dan rukun Iman tapi adakah kita benar2 faham apa itu rukun Islam dan rukun Iman.  Bahagian ini juga menceritakan serba sedikit perbandingan antara Tuhan Yang Esa dan juga Tuhan2 lain dari segi sifatnya dan kekuasaanya.  Di dalam bahagian ini juga, diterangkan tentang makna penggunaan perkataan kafir yang sangat dimarahi oleh orang bukan Muslim. Penulis juga menyentuh tentang isu yang paling hangat buat masa ini iaitu ‘tiada paksaan dalam beragama’ yang dijadikan oleh orang kafir sebagai senjata bagi menarik orang2 Muslim untuk murtad dan memenangi kes di mahkamah. Seterusnya, penulis telah membuat penjelasan dan perbandingan secara ringkas tentang kitab2 terdahulu sebelum Al-Quran dan ini telah membuktikan setiap ayat Al-Quran telah mendahului zaman sehingga ke hari akhirat kelak.
Selain itu, penulis juga telah menyentuh dan mengupas isu berkaitan dengan hak wanita yang sering dijadikan bahan oleh media Barat bagi memperlihatkan bahawa agama ini seolah menindas wanita. Penulis telah memberikan contoh yang mudah difahami berkaitan hukum2 wanita menutup aurat dan kelebihan2 wanita yang telah diputar-belitkan pada masa kini. Novel ini turut menceritakan perihal rumahtangga dan hukum2 yang ada yang telah tertulis seperti di dalam Al-Quran agar kita tidak tersalah faham mengenainya. Begitu juga dengan peranan dan tanggungjawab bagi lelaki2 yang bergelar suami atau lelaki beriman. Apa yang menarik ialah bagaimana penulis telah menerangkan isu poligami dan asal usul poligami ini serta perbandingan isu ini di dalam agama Islam dan agama2 lain. Masa kini juga kita sering dimomokkan tentang hak sama rata antara perempuan dan lelaki. Dan penulis sekali lagi pada pandangan saya telah berjaya menggarap dan memberitahu pembaca tentang isu ini di dalam bahagian pembahagian harta pusaka dan sebab2 mengapa perempuan mendapat kurang daripada lelaki. Setelah dibaca dan difahami, saya amat terperanjat dan sejujurnya sebelum ini pun saya kurang memahami tentang pembahagian harta pusaka mengikut faraid ini. Penulis turut memberi contoh2 yang rasional bagi kita memahami tentang isu hak sama rata ini bukan sahaja dari segi hukum faraid, malah lebih kepada isu2 bagaimana wanita sekarang telah menjadi bahan eksploitasi tanpa disedari. 
Seterusnya, penulis cuba membawa pembaca agar memahami dengan suruhan Allah kepada para iblis untuk tunduk kepada Nabi Adam dan mengapa Kaabah di Tanah Haram Mekah dijadikan sebagai kiblat serta sejarah arah kiblat bagi umat Islam. Hukum hudud turut disentuh di dalam novel ini dan contoh2 yang telah diberi oleh penulis telah membuatkan pembaca akan berfikir betapa Islam adalah agama yang adil dan rasionalnya hukuman itu dibuat.
Novel ini berakhir dengan pengakuan daripada Rini yang sebenarnya ke Pulau Pinang adalah untuk diperkenalkan kepada seorang bekas paderi bernama Josiah. Rini sebenarnya seorang gadis yang sering tertanya tentang arah hidupnya dan dia tidak memahami  apa itu Islam akibat keluarga turut tidak mengendahkan tentang agama. Dan Allah S.W.T telah menyelamatkan beliau dan menemukan beliau dengan seorang ustaz ‘rockers’ bernama Nizam. Di sini apa yang dapat disimpulkan ialah kita tidak seharusnya menilai seseorang daripada luaran kerana dalaman yang paling penting.


*Alhamdulillah.......
esok family ana nak bercuti,doakan perjalanan kami selamat dan diredhai Allah.....^-^

2 comments:

  1. salam..
    balqish may Allah make us nearer to him
    every time..
    dau to day..
    i like the last book u introduced..
    i think i want to get it too...

    ReplyDelete
  2. Amin...
    may Allah bless you 2
    moga kita dpt sesama kongsi ilmu

    ReplyDelete