~Bismillahirrahnirrahim~
Assalamualaikum ^_^
Hehehe...hari ni aku cam jejiwang sikitlah kan???
Takdela,ini sebagai perkongsian aku untuk korang semua dalam penyediaan untuk mencari jodoh yang soleh dan baik :) KHASnya untuk kaum Hawa yang memerlukan persediaan yang lebih dari segi mental dan fizikal.
Woohhhaa!!! ^o^
1)Berusaha menyediakan diri sebagai produk 'solehah'yang diidam-idamkan :)
*Biasanya produk 'solehah' yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan tinggi di dunia dan akhirat.Ade class gitu...!!!Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya,sediakanlah 'kesedian hati' anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang menepati syarak.
2)Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik,mudah menyerah dan mudah melayan :)
*Wanita sebegini biasanya begitu senang untuk dimiliki (hanya dengan sedikit puji-pujian,call,SMS dan lain-lain) senang pula untuk dipersia-siakan :(
3)Bekawanlah dengan rakan-rakan sejantina yang solehah.
*Jodoh anda maybe dikalangan abang mereka, saudara mereka dan sebagainya yang soleh-soleh juga...Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat tapi wasilah semata-mata.
4)Jika anda terpikat dengan akhlak dan agama seseorang lelaki dan anda ingin memulakanya,pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh dan dipercayai.
*Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan 'malu' di matanya.
5)Minta ibu bapa ,abang atau saudara-mara yang mencarikan untuk anda.
6)Jika anda dirisik secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik,mintalah dia merisik debgan cara yang lebih mulia dan terus melibatkan ibu bapa,bukan hanya melibatkan anda berdua-duaan denganya.
*Ingat!! Cara mengunakan orang tengahdan menjauhi fitnah itu adalah cara yang dilakukanoleh Rasullallah SAW.
SELAMAT BERAMAL :)
No comments:
Post a Comment