Punca maksiat itu dengan sebab 3 perkara:Hati jauh dari mengingati Allah Kemarahan yang tidak terkawal Nafsu yang liar
Bila hati jauh dari mengingati Allah maka kesudahannya melakukan perkara syirik.Bila tidak dapat mengawal kemarahan maka berakhir dengan pembunuhan.Bila mengikut kata nafsu liar akhirnya melihat perzinaan itu suatu keperluan tanpa batasan.
Oleh itu Allah menghimpunkan 3 tersebut perkara dalam satu firmannya :
والذين لا يدعون مع الله إلها آخر ولا يقتلون النفس التي حرم الله إلا بالحق ولا يزنونسورة الفرقان الآية 68.
Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;
Maka timbullah tiga perkara yang menjadi antipati maksiat iaitu :
Syirik iaitu menyengutukan Allah Az Zulm iaitu melakukan kezaliman Fawahish dengan melakukan perkara keji
Tiga punca ini mendorong satu sama lain. Syirik akan mendorong kepada kezaliman dan menjurus kepada melakukan perkara-perkara yang terkutuk.
Maka penawarnya ialah Tauhid, adil dan effah
Tauhid itu melahirkan iman dan ikhlas Adil itu memandu ke arah yang betul dan menjauhi penindasan nyawa dan harta Effah itu mengawal diri dari menjadi hamba nafsu bahkan boleh mententeramkannya .
Olahan dari karangan Ibnu Qayyim dalam kitabnya Al Fawaed dalam bab Usulul Ma'ashi
No comments:
Post a Comment