Assalamualaikum,semoga kalian dicucuri rahmat dan inayah daripada Allah.Ahlan wasahlan aku ucapkan pada pembaca setia blog ni.Bagaimana dengan keadaan iman kita sekarang?Semoga kita bersama-sama dapat beristiqamah untuk memperbaharui iman yang ada.
Sebenarnya,aku baru jer balik dari asrama.So,aku amik kesempatan musim cuti 2 minggu ni untuk berkongsi ilmu dengan kalian.Diam tak diam kita dah melangkah ke bulan 6.Jamadilakhir pun dah nak tamat dan bakal melangkah ke bulan Rejab.Semoga kita semua dapat menambahkan amal ibadat kita dalam bulam Allah yang penuh barakah ini.Semoga Allah menerima amalan kita dengan keredaan-Nya.
Panjang muqaddimah aku ni.Sebenarnya,topik sebenar perbincangan kita pada hari ini ialah soal hati.Ceh! jiwang karat betullah aku ni.Soal hati yang aku ceritakan ni bukan pasal jiwang2,tetapi berkenaan dengan ZINA HATI.
Aku sejujurnya malu nak luahkan.Tpi dengan keizinan dan kekuatan daripada Allah,aku kuatkan diri ini untuk menaip.Semoga ia memberi pengajaran dan pedoman kalain semua.Salah satu daripada adab-adab bertaa'lim ialah mengambil iktibar dan sebar-sebarkan.
Aku ada meminati seorang ajnabi ni.Tapi die tak tahulah yang aku minat.Aku pendamkan je rasa ni takut-takut benda lain yang tak sepatutnya berlaku.Aku selalu cakap kat diri aku yang aku minat die atas nama dakwah.Mungkin sebab akhlak dan adab die dengan ibu bapa aku.Walau bagaimanapun,aku masih belum mengenalinya dengan mendalam.Syaitan sentiasa berusaha membolak-balikkan jiwa dan perasanku.Aku selalu berdoa pada Allah yang aku sangat mendambakan cinta-Nya dan mencintai-Nya lebih daripada yang lain.Aku selalu berdoa agar cinta Allah yang aku perolehi menjadi benteng antara aku dan dia.
Tetapi bila difikirkan semula,sudahkah aku mendapat cinta daripada Allah?Adakah Allah sudah memberi aku merasa kemanisan nikmat bercinta dengan-Nya? Itulah persoalan yang sering membuatku berasa gelisah dan sering menangis.Kadang-kadang aku selalu teringatkan ajnabi ini dan berangan-angan agar dia menjadi pemimpinku.Ya Allah! Sungguh jauh aku leka dan lalai.Walau bagaimanapun,aku rasa sangat bersyukur kerana Allah masih sayang dan melindungi daripada terjerumus ke lembah maksiat.Walaupun aku memiliki nombornya,aku belum pernah lagi terlajak untuk sms dan menelefonnya.Pernah sekali aku berfikir untuk tefon dia,tetapi bila teringatkan perbuatan yang aku lakukan ini bakal mengundang kemarahan Allah dan restu kedua-dua ibu bapaku,aku membatalkan niatku ini.Perasaan malu dan takut kepada Allah menjadi pelindungku.
Tetapi bila bercakap tentang ZINA HATI,aku menjadi takut dengan diriku sendiri.Aku rasakan dunia ini bagaikan hancur berderai.Perasaan serba salah dan gelisah menyelubungi diriku.Aku tidak tahu bagaimana hendak lakukan.Allah lebih mengetahui apa yang hamba-Nya rasakan lantas memberiku hidayah dengan mengenalkan aku dengan seorang rakan sekolahku ,Aisyah.Aisyah seorang yang bersifat dengat sifat lemah-lembut dan penyayang.Aku sangat menyenangi berkawan dengannya.Dia sentiasa memberi semangat dan tarbiyah kepadaku untuk berubah dan berjihad kerana Allah.Kami saling mengingati antara satu sama lain moga-moga beristiqamah dalam m,embuat kebaikan.
Pada suatu hari,aku bertanya masalah yang aku hadapi ini kepada Aisyah.Aisyah hanya memandangku dengan senyuman yang aku rasa ada sesuatu yang ingin Aisyah ungkapkan.
Aisyah memulakan bicara "Bal,Aisyah hanya mampu memberi nasihat dan kita saling mengingatkan,.Tetapi hanya Allah sahaja yang dapat memberi kita hidayah".
Aisyah meneruskan kata-kata lagi,"Bal, untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik memerlukan kesabaran dan semangat yang tinggi. Yang paling penting ialah niat kita mestilah berubah kerana Allah.Allah akan memberi sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita inginkan kalau kita beramal kerana-Nya.Walau berat mana pun dugaan dan cabaran yang Allah beri,kita tetap berpegang teguh dengan matlamat kita iaitu hendak mendapat keredaan-Nya.Insya -Allah,kita akan memperolehi halawatul iman (kemanisan iman).Jiwa kita akan sentiasa tenang.Oleh itu,diri kita sendiri yang perlu kuat melawan godaan syaitan dan nafsu.Ramai orang yang hanya berubah dipertengahan jalan kemudian berhenti.Hal ini kerana niat mereka yang salah seperti niat semata-mata klerana manusia menerimanya kembali".
Kata-kata inilah yang menyedarkan aku untuk membersihkan jiwa dan memperbaiki imanku.Semoga Allah memperkenankan doakaku ini.Aku selalu menasihati adik-adik di sekolahku,"Benda yang baik jangan dicampur dengan kotoran yang memburukkan kecantikan.Ingat, kita menuntut ilmu kerana Allah.Ilmu itu umpama cahaya yang sentiasa menerangi jiwa kita agar menjadi terang dan kekal.Bahkan maksiat itu adalah kekotoran yang menutup segala pintu rahmat dan hidayah Allah yang menjadikan hati kita keras menerima ilmu dan teguran orang lain".
Semoga kita bersama-sama istiqamah untuk berubah kepada yang lebih baik.
Nota M.U.J.A.H.I.D.A.H...
- Jagalah hati kerana ia merupakan peribadi seorang MUSLIM
No comments:
Post a Comment