Showing posts with label Jihad fi Sabilillah. Show all posts
Showing posts with label Jihad fi Sabilillah. Show all posts

Sunday, June 6, 2010

Pengganas Yahudi Zionis Menyerang Lagi!


Petang tadi, jurucakap kerajaan haram Yahudi Israel diasak bertubi-tubi oleh wartawan berita Channel 4, sebuah siaran TV di United Kingdom. Ia berkaitan serangan terhadap rombongan kemanusian terdiri dari enam buah kapal di perairan antarabangsa. Rombongan tersebut digelar "Gaza Freedom Flotilla"



Dengan muka selamba dan tidak mengendahkan sebarang pertanyaan panas oleh wartawan terbabit. Jurucakap tersebut seperti biasa beralasan bahawa serangan yang dilakukan adalah kerana mempertahankan diri. Walaupun jawapan itu telah diketahui karut dan tidak waras, mereka sama sekali tidak peduli. Senjata juga kononnya dijumpai berada di dalam kapal-kapal terbabit, namun ia hanyalah spanar, pisau, parang dan tukul. Tidak munasabah alat sedemikian boleh dianggap senjata melawan Israel.


Egonya ternampak jelas, walau nama United Nations (UN) disebut berkali-kali oleh wartawan sebagai menuntut siasatan dan kecaman serangan dan pembunuhan sekitar 10-20 orang awam dan menyebabkan kecederaan puluhan yang lain selain membuat tangkapan dan serangan di perairan antarabangsa. Kini, semua ahli rombongan sedang ditahan dan kita sangat bimbang apabila terdapat ramai wanita muslimah khususnya dari Turki yang turut ditahan ketika ini.


Namun, tiada sebarang rasa hormat atau apa jua kepada apa sahaja nama yang disebut, apa jua kerajaan. Itulah tahap keangkuhan kerajaan haram Yahudi Israel.Serangan dan penahanan itu selain melibatkan warga Malaysia, ia juga melibatkan warga sekitar 41 orang warga British. Keadaan itu memaksa UK untuk bersuara menuntut penyiasatan lengkap dan telus.


YAHUDI ISRAEL ADALAH TERRORIST


Benar, itulah Yahudi Israel Zionis jika dilhat dari definisi terrorist menurut kerajaan Amerika


'Under Section 3 of Executive Order 13224 "Blocking Property and prohibiting Transactions with Persons who commit, threaten to commit, or support Terrorism", the term "terrorism" means an activity that...

(i) involves a violent act or an act dangerous to human life, property, or infrastructure; and

(ii) appears to be intended

• to intimidate or coerce a civilian population;

• to influence the policy of a government by intimidation or coercion; or

• to affect the conduct of a government by mass destruction, assassination, kidnapping, or hostage-taking.'
Selain itu, mereka turut menunjuk kuasa melebihi US, Eropah dan dunia apabila tidak mengambil peduli kecaman masyarakat antarabangsa kerana menyerang rombongan kemanusian di perairan antarabangsa. Akhbar Britain, 'The Independent' hari ini turut menyiarkan beberapa kritikan media Israel terhadap tindakan kerajaannya, antara yang paling menarik adalah kata-kata Ben Caspit, di akhbar Isreal, Maariv, katanya:
"The Israeli image took a mortal blow and all this happened deep in International Waters and turned Israel into a pirate state".

Memang benarlah apa yang dikatakan, Israel sememangnya negara Lanun yang dihuni oleh lanun-lanun.


BANTUAN TERPANTAS KITA


La hawla wal Quwwata Illah billah, bantuan terpantas daripada kita buat masa ini adalah qunut nazilah, serta doa buat umat Islam Palestin dan moga Allah s.w.t menghancurkan tentera Israel dengan tenetra MalaikatNya. Jika doa Muslim Palestin tidak mencukupi bagi mendapatkan kemaqbulan di ketika ini, marilah kita sama-sama dengan segera membantu mereka, di harap doa kita mampu membantu mereka dalam kadar segera.


Sememangnya ramai yang tidak peduli dengan serangan ini. Pemimpin arab dan barat semuanya akan bermain dengan kata-kata semata-mata. Tanpa menafikan adalah lebih baik pemimpin yang berkata dan mengecam dari yang terus senyap membisu seribu bahasa.  


Teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin khususnya yang semakin tersekat bantuan asasinya, demikian juga Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini. Doa kita boleh bacanya sebagai :-


a-    Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu kita, kita juga dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana anda tidak bergerak besar berturut-turut sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemudian terus turun sujud, tiada berturut-turut.

b-    Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

c-     Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d-    Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

TINGKATKAN KEPEDULIAN


Akhir sekali, tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam.


Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan mentaatinya.


Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:


أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني


Allah menyebut : 'Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu.' (Riwayat Muslim)

Sebahagian riwayat lain pula berbunyi :-

أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله


Ertinya: 'Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan.'( Riwayat Ahmad, Ibn HIbban) 

Sumber: Dipetik di 
sini, serta untuk bacaan doa Qunut Nazilah yang penuh.

Friday, June 4, 2010

Kemanusiaan Yang Dibayar Dengan Darah

Inilah penjara di bandar Barsheeba yang menempatkan aktivis Gaza yang ditahan

Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan kekejaman zionis Yahudi yang tidak pernah berhenti meneruskan misi kejahatan dan tidak berperikemanusiaan.

Kekejaman demi kekejaman, pembunuhan demi pembunuhan dilakukan, penduduk dunia seakan lali..tetapi tidak bagi pejuang yang cintakan syahid..berita-berita palestin hinggap di celahan-celahan web..televisyen dan radio seakan mati disuap ketakutan menyebar berita dari sana..Hingga tidak menyedari keperitan dan kesengsaraan penduduk Palestin yang sudah kering air mata, kering darah mereka dilanyak-lanyak rejim zionis selama 3 tahun di penjara Gaza..

Muncul segerombolan mujahid yang tampil bermisi Flotila Kebebasan Gaza , menghulur bantuan, makanan, pakaian, keperluan atas keperimanusiaan tanpa mengira agama dan bangsa..hati diteguh, tekad dipasak, demi cinta kepada sesama Muslim,rela syahid mempertahan aqidah..

Serangan zionis 2hari yang lalu, mencedera dan meragut nyawa mereka yang tidak berdosa..610 orang dipenjarakan di Barsheeba,selatan Israel, 19 rakyat Malaysia turut ditahan di sana..Pertumpahan darah akibat bom asap dan gas pemedih mata menukar kapal laut menjadi lautan darah..Jerit-pekik dan kalimah takbir terbayang di fikiran, ampuhnya semangat mereka, andai syahid pasti syurga galang-gantinya..Allahu Akbar!!

Kebimbangan demi kebimbangan sering kali menghantui si ibu, si isteri dan saudara-mara akan pemergian mujahid-mujahid pilihan Allah..Alhamdulillah mereka diberi rezeki panjang umur, agar ada lagi hati-hati yang masih berperikemanusiaan, menghulur bantuan seikhlas mampu..

Benarlah janji Allah, Yahudi pasti tidak akan menyerah, semakin hari semakin umat Islam parah, kemanusiaan itu dibayar dengan darah, namun cukupkah sekadar melepaskan amarah??
Tanpa berusaha membantu mereka yang sedang "jarah"..

Wahai pemuda-pemudi Islam, bangkitlah!!..boikotlah barangan-barangan Yahudi seboleh-bolehnya, pasakkan niat untuk menjadi antara yang terpilih syahid di medan juang..jangan hanya hari ini kita prihatin, marah dan geram, tetapi esok Mc Donald menjadi kunjungan, barangan Nestle menjadi santapan, Facebook dilayan berjam-jam..Ingatlah, penderitaan si kecil dibayar kita dengan barangan-barangan Israel itu..mudah-mudahan kita berusaha memboikot!!!

اللهم انصر الإسلام والمسلمين في فلسطين، وبلاد الإسلامية...آمين

:Amalkan doa qunut nazilah setiap hari agar askar-askar zionis Israel hancur seperti hancurnya tentera bergajah Abrahah, selamatlah penduduk-penduduk Palestin menegak dan mempertahan aqidah dan keimanan kepada Allah S.W.T..Amin..

Amal Qunut Nazilah..Hancurkan Israel Laknatullah!!


Kekejaman Laknatullah
Qunut nazilah merupakan qunut yang sunat dibacakan ketika solat fardhu.Kebiasaannya qunut ini dibacakan ketika umat Islam ditimpa musibah, diserang penyakit wabak, ketakutan seperti yang berlaku di negara-negara Islam kini.

Panduan untuk melakukan qunut ini seperti berikut :

1) Dilakukan pada rakaat terakhir solat fardhu sama ada selepas rukuk atau sebelum rukuk.

2) Jika dilakukan sebelum rukuk, selepas bacaan Al-Fatihah dan surah, tadah tangan dan baca qunut tersebut.

3) Sekiranya dilakukan selepas rukuk, iaitu dibaca ketika i'tidal.

4) Inilah bacaan qunut tersebut :

اللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِ أَعْدَاءِنَا، وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلابِكَ، يَا قَهَّارُ يَا جَبَّارُ، يَا مُنْتَقِمُ، يا الله، يا الله، يا الله،

اللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْهُمْ،
اِهْزِمْهُمْ، اِهْزِمْهُمْ،وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ .

“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.

Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.

Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”


5) Jumhur ulama' bersepakat tiada doa khusus bagi qunut Nazilah.Jadi sekiranya ada doa lain bole dibaca juga.

6) Para Imam hendaklah mengingatkan ma'mum jika ingin membaca qunut ini, supaya ma'mum mengaminkan ketika dalam solat.

7) Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan.

“Rasulullah berqunut sebulan terus menerus dalam solat zuhur, asar, magrib, isyak dan subuh di akhir tiap-tiap kali solat apabila ia berkata "sami'allahu liman hamidah" dari rakaat akhir, beliau mendoakan kehancuran ke atas penduduk kabilah bani salim, kabilah ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yg dibelakang mengaminkannya.” (Direkodkan oleh Abu Daud dan Imam Ahmad)

Disamping itu, Imam Syafi'i rahimahullah berkata:

"Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh solat wajib." (Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279).


Doa Qunut Nazilah tidak ada penetapan, kerana sebarang doa boleh dibaca selagi ia masih dalam bahasa arab. Al-Qadli Iyadl rahimahullah menukil kesepakatan jumhur ulama bahwa tidak ada doa khusus dalam qunut. Ibnu Shalah menganggap orang yang berpendapat ada doa khusus dalam qunut adalah pendapat orang yang aneh dan tertolak, serta menyelisihi jumhur ulama. (Lihat Al-Majmu' 3/477, Majmu' Al-Fatawa 23/108.)


sumber : http://www.cetusan-student.com/2009/01/qunut-nazilah.html

SELAMAT BERAMAL..DOA BUAT MUSLIM, HANCURKAN SI KAFIR !!