Showing posts with label Muslimah Solehah. Show all posts
Showing posts with label Muslimah Solehah. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

JoDoH???? bAgaIMaNa?? heheheh :p

~Bismillahirrahnirrahim~




Assalamualaikum ^_^
Hehehe...hari ni aku cam jejiwang sikitlah kan???
Takdela,ini sebagai perkongsian aku untuk korang semua dalam penyediaan untuk mencari jodoh yang soleh dan baik :) KHASnya untuk kaum Hawa yang memerlukan persediaan yang lebih dari segi mental dan fizikal.




Woohhhaa!!! ^o^

1)Berusaha menyediakan diri sebagai produk 'solehah'yang diidam-idamkan :)
*Biasanya produk 'solehah' yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan tinggi di dunia dan akhirat.Ade class gitu...!!!Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya,sediakanlah 'kesedian hati' anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang menepati syarak.

2)Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik,mudah menyerah dan mudah melayan :)
*Wanita sebegini biasanya begitu senang untuk dimiliki (hanya dengan sedikit puji-pujian,call,SMS dan lain-lain) senang pula untuk dipersia-siakan :(


3)Bekawanlah dengan rakan-rakan sejantina yang solehah.
*Jodoh anda maybe dikalangan abang mereka, saudara mereka dan sebagainya yang soleh-soleh juga...Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat tapi wasilah semata-mata.




4)Jika anda terpikat dengan akhlak dan agama seseorang lelaki dan anda ingin memulakanya,pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh dan dipercayai.
*Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan 'malu' di matanya.

5)Minta ibu bapa ,abang atau saudara-mara yang mencarikan untuk anda.

6)Jika anda dirisik secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik,mintalah dia merisik debgan cara yang lebih mulia dan terus melibatkan ibu bapa,bukan hanya melibatkan anda berdua-duaan denganya.
*Ingat!! Cara mengunakan orang tengahdan menjauhi fitnah itu adalah cara yang dilakukanoleh Rasullallah SAW.

SELAMAT BERAMAL :)

Thursday, December 16, 2010

ALAHAI DIRIKU.... 
                                                ~Bismillahirrahmanirrahim~


Assalamualaikum..........
Maaf dah lame tak post kat entri ni.Maklumlah diri sgt sibuk dengan komitmen SPM.Alhamdulillah....dah tamat pun jihad 4 spm.Doakn ana berjaya dunia n akhirat.Smalam lps habis periksa ade jamuan form 5,tp ana lmbt skit coz angkat barang yg berlambal-lambak dalam loker tu..hehehe:)


Oklah...jamuan ala kadar je coz ramai yg dah balik.Pada kengkawan,moga kalian success dlm hidup ini n slamat menempuh dunia luar serta ke arah kedewasaan.hahaha...sedey pulak.Ana baru sampai kat rumah subuh td sbb kami nak gi Melaka raikan abg ana utk majlis konvo dia.Tahnaiah abang...


OPPSS....sebelum terlupa,tahniah gak buat kengkawan yg dpt pergi ke Darul Quran.Mungkin rezeki ana blum sampai lagi.Takpe,mungkin ade hikmah ana tak dpt pergi ke DQ.Allah lebih mengetahui ape yg terbaik untuk diri kita n kemampuan kite.Betul tak??


Hurm....tentang tajuk 'ALAHAI DIRIKU', sebenarnye tentang diri ana yg punya banyak kekurangan.Ya Allah,aku mohon agar Kau berikan aku kekuatan untuk menempuh cabaran dalam hidup ini.Aku hambuMu yang lemah dan mengharapkan pertolongan dariMu.Peliharalah aku daripad asegala kejahatn dan keburukan yg menanti di luar sana.Aku takut diri ini tidak mampu dan lemah dlm melawani hawa nafsu dan godaan syaitan.Ya Rabbal A'lamin.....


Pagi ni ana sarapan kat rumah....Alhamdulliah dpat gak makan pisang goreng panas buatan mummy tersayang.hehehe....Ana blajarlah sesikit camne nak goreng pisang dgn betul n cara2 membuat tepung supaya rangup n ummpphh!!!....


camni kut pisang goreng tu.hehehe...








Resepi pisang goreng yg ntah pape:
-tepung jagung
-tepung gandum
-tepung beras
-planta
-serbuk kunyit
-garam
-air
*saje je buat tambah2 ilmu.....


Masa ngah duduk makan,time nilah mase utk kita merapatkan hubungan sesama ahli keluarga.Bile lagi kan?masing2 ade tugas sendiri pasni dan ana kene jadi suri rumah sementara.huahua....So,ibu yg disayangi ambil kesempatan utk nasihat anak2 die......


"Kak,alam dewasa ni banyak cabaran yg perlu kita tempuh dgn kesabaran dan tawakal kpd Allah disamping kita berusaha.Lepas ni akak dah tak payah pikir pasal skolah lagi.Banyak keputusan yg perlu kita selesaikan dgn diri kita sendiri.Dari situlah akak kene belajar erti kematangan.Maksud mak bukan tak boleh manja2,tp berfikir secara matang.Macam akak mak tengok cepat moody.Biasalah darah muda,cepat marah.


Tapi satu je mak minta,jgn bawak sifat ni sampai ke alam kerja seterusnya rumahtangga.Takut nanti kita tak disukai orang.Mak bukan nak suruh supaya org suka kita.Cuma dalam hidup bermasyarakat ni kita kene pandai bawa diri dan disenangi oleh orang ramai.Barulah hidup kite ceria dan tenang.Betul tak??tu je nasihat mak"


Lepas dengar kata-kata ibu,hati ana terus menangis sbb rasa serba salah dan banyak kesilapan yg ana lakukan.Ana hanya mengangguk dan senyum pada ibi ana.Astagfirullah....
maafkan ana mak abah,kawan-kawan dan guru-guru.Kadang2 kite tak perasan apa yang kite lakukan.Sebab orang nak tegur takut kite kecil hati.Betul tak?Ana rasa kalian pun pernah rasa macam tukan??




Ana rasa bersyukur sangat sebab Allah beri ibu yg sangat baik utk menasihati diri ini.Kalau tak,tentu diri ni syok sendiri n ikut kate hati.....Terima kasih Ya Allah.


Nota kaki:
-Semoga kalian berjaya di dunia n akhirat
-pade kengkawan kat SMKAJB  n SMAKJ,terima kasih jadi kawan ana 
-Slamat menempuh dunia luar...
-Luv u all!!!!!
-Doakan kejayaan ana

Sunday, June 6, 2010

Mata oh Mata, Kenapa Engkau Liar?

Babak 1

Sop: Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung.
Meon: Ye ke??!! macam tak percaya je..
Sop: Ha ah.. ok gak la.. dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia.. kau nak tengok?

Babak 2

Pada suatu hari Sop dan Meon sedang berjalan-jalan di kotaraya London. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat seorang wanita bertudung labuh ala-ala KCB. 

Sop: eh, ada gadis mcam dalam KCB la...
Meon: Mana? Mana? Mana?
Sop: tuuu...tengah jalan ramai2 depan Madame Tusod..
Meon: ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?

Babak 3

Sop dan Meon menyambung kembara cuti Easter mereka di bandaraya Dublin. Cuaca semakin panas.

Sop: astaghfirullahal azim, singkatnya skirt minah saleh tu...tak solehah langsung...! !
Meon: eh ye ke? yang mana satu?  Yang skirt oren tu ke?
Sop: tak, yang kaler biru , blouse biru muda tu..
Meon: Ha ah la..betul lah cakap kau...


Ada apa dengan mata?

Untuk jadi hebat, kita perlu menutup dan menundukkan pandangan. Ini bukanlah bermaksud semuanya kena pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan tembok batu sepanjang masa atau semasa kuliah-kuliah agama sahaja, tetapi menjaga dan memelihara kedua mata kita daripada MENJADI LIAR.

Apabila datangnya peluang terbentang di hadapan kita, samada semasa sedang berseorangan, atau sedang berdua bersama rakan karib, atau bersama masyarakat umum, kita mestilah bertindak SEGERA dan PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan wanita yang terbentang dan segeralah mengalihkan pandangan daripadanya sambil bersyukur dan beristighfar.

''Alhamdulillah, Allah jaga mata dan hati aku. Ya Allah, ampunlah dosa aku, moga Allah beri yang lebih baik''

Allah berfirman;

"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." - [67:12] 

Kalau dahulu dia tidak bertudung, atau kurang menutup aurat, perlukah kita menatap gamabr gambar 'lama' itu lagi? Fear Allah brothers... malulah sebab mereka itu sudah diberikan hidayahnya.. Kita bila lagi?

Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAQ mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.

Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjat matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram.

End of part one for Brothers.. please try this at home


SISTERS, WE NEED COMPLEMENTARY ACTIONS.