Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Monday, November 10, 2014

Hantaran Tunang

Assalamualaikum, hai ^_^

Saje nak sharing, maybe korang boleh gunakan sebagai idea nanti :)
Ni hantaran sebelah lelaki.
Semuanya 7 dulang.
Bajet pon oklah, cume yang agak mahal sikit sebab bunga tu kami pilih jenis kain rubber (entah, orang panggil ape yek?)

Semua hantaran ni dibuat sendiri dibantu dengan kawan aku Che Sue.
Dialah orang yang paling semangat nak bantu aku gubah, semua ni banyak hasil daripada sentuhan tangan dia, kreatif kan?

Gigih kitorang drive menuju ke Nilai 3.
Dekat je, 20 minit dah sampai dari tempat aku IPG KPI, Bangi.
Pilihan kat sana banyak, harga pon boleh deal kalau kita tawar :)
Bolehla dapat harga borong sebab mostly wedding planner pon amek barang dari sini.
Kira gudang perkahwinan terbesar la...

Boleh je nak gi Jalan TAR, tapi sebab nak merasa angin baru maka ku turutkan saje kehendak Si Penggubah, Che Sue.
Pasal nak pilih barang jangan cakapla, 3 jam dalam kedai.
Confius sebab tak tahu nak pilih ape, rambang mata bukan main lagi la Mak Andam sorang ni.

Kami pilih tema Frozen gitewww sebab abang aku nak warna biru putih.
Jadi pilihan bos haruslah ditepati nanti banyak songeh aku suruh je buat sendiri :P
Siap snap2 gambar mase membeli, jenis bangsa tak reti sabooorrr macam gituleee...muehehehe


Tadaaa!!!


7 dulang semuanya. Mula2 rancang 5 dulang, pastu entah kenapa beranak lagi 2 -,- subur agaknye.


Snap pic depan masjid tempat kumpul untuk konvoi. Pelik je Tok Imam tengok aku tonggeng2 snap gambar. Kemain photographer sangat...tapi mampu camera hanset je, DSLR sila bawak bertenang ye.


Sirih junjung ni mak aku "selenggara" semula sebab aku guna daun plastik awalnye. Pastu nampak cam tak masyuk, terus beli daun sirih keling ni kat pasar Larkin. Ha3...Itu pon ade je selit sikit2 daun plastik. Kelam kabut bapak aku cari pagi tu nak pergi dah...mak pulak buat dalam kereta. Hmmm....nampaknya masa digunakan dengan bermanfaat, kalau tak tido jelah jawabnya :)


Set mandian. Barang2 hantaran ni aku dah beli sehari sebelum beli barang untuk dulang. Untuk yang bunga kat atas pemegang tu, sebenarnya bunga tu dijual berasingan ikut warna. So aku beli 3 warna sekali sebab nak bagi warna biru tu timbul. Putih, biru pekat dan biru cair. Ranting2 putih tu saje diletakkan :) tujuan nak nampak cam ala2 salji Winter Sonata kot....layannnn


Bakul buah-buahan, beli malam sebelum majlis. Lagi setengah jam pasaraya Malsee nak tutup...hoih, kelam kabut bukan main. Yang nampak berkilat tu cam biaselah, sapukan minyak masak je.


Bekas cincin. Sebenarnya ade 2, tapi satu lagi tu aku just baringkan je kat dalam bekas he3


Manisan. Guna lolipop strawberry ngan Ferrero Rocher. Mula2 nak guna lolipop biase yang bulat tu je tapi nampak macam terlampau warna warni, so untuk nampak kemas kami guna satu warna je.




Cookies. Mak aku kate ni taman bunga ke ape? +_+ 
Hmm...saje nak menghabiskan bunga yang ade, terbeli besar pulak tapak gabus tu.




Kain pasang lace masa nikah. Aku beli kain potong sebab senang nanti nak matchkan dengan baju lelaki. Lagipun takut terbeli saiz kecik, kang tak muat pulak pakai.

Mohon doa dari kalian.
Semoga segala urusan dipermudahkan ^_^







Thursday, October 2, 2014

Snowy Cheese Cake Sedap Gile ^_^

Assalamualaikum...hai ^_^
Oh...aku tahu tajuk kat atas tu over...muehehehe
Tapi apekan daya..aku tak peduli
Cake ni memang sedap!
Maafkan aku sbb terpuji masakan sendiri.

Ni first time aku belajar buat cake snowy cheese :)
Mase ni duduk rumah rumate aku kat Simpang Renggam...A'isyah Assiddiqah
Die ni rajen tau...aku suke tengok die masak ^o^
Paling best die suke buat cake..donut...pizza

Kadang2 die suka bawa balik ke maktab makanan2 ni sebab aku suruh buat....bueheeee
Well...aku kan ala2 datin giteww..jadi bibik kena la buat utk aku....(sila muntah darah)

Nah, ni antara bahan2 yang aku gunakan utuk buat snowy cheese cake ^_^

Adunan ni siap sedia dah nak dimasukkan dalam oven utk bersauna ^_^

Siap dibakar!!! Gebu jer.....kalau korang nak buat tebal lagi pon boleh ye sbb cake ni pon akan dipotong bahagi dua untuk lapis dengan cream cheese

Siap dipotong...berpeluh aku nak memotong cake ni sbb terbuat nipis ;) Loyang besar sangat kot, tak padan ngan kuantiti aduanan aku. Nak potong cantik kena beli alat pemotong khas kek macam gambar kat atas ni....tapi terpulang lah kat korang, kalau mampu gune pisau biase jerr....aku salute la!

Lepas tu aku salut ngan cream cheese yang dah di buat ni ^_^ Aku mampu buat dua lapis je. Kalau engko nak buat 10 lapis pon boleh, terpulang ye dik oi...Ni aku buat pon tak senonoh sangat sebab ngantuk :p Buat malam kan...mueheee

Tadaaaa!!! Siap dah Snowy Cheese Cake..tq pada sifu, Siddiqah sebab melayan kerenah aku mengada nak buat cake tengah malam he3

Korang boleh la makan sejuk2 lagi uhhmmpp!!! Ni aku potong empat sbb 1 nak bawak balik rumah bagi mak aku, nak bangga skit yang aku pandai buat kek bueeheheehehe....

Lagi 3 tu kitorang dalam rumah ni telan :) Opppsssss

BAHAN2 :

Kek Span

8 biji telur
250g tepung
250g gula kastor
100ml air/susu
25g ovelette
1 sudu kecil baking powder
125g minyak/mentega cair

- Campur semua bahan kecuali minyak dan putar pada kelajuan tinggi. Aku gune 8-10
- Gaul dengan minyak
- Bakar pada sunu 170C hingga masak dalam 30-40 minit. Then, sejukkan. Jangan ko letak dalam fridge pulak ye...atas meja je sejukkan.
- Pastu bahagi 2 secara melintang cake tu

Cheese Frosting

150g cream cheese
150g susu pekat
Campurkan dan pukul sebati

Pas dah siap semua, sapukan cheese frosting pada badan cake tadi (tengah)
Kemudian, sapu lagi kat seluruh badan kek tu utk tutup cake span...
Parutkan cheese cheddar atas cake yang dah disalut tadi..ikut korang nak banyak manelah. Nampaklah skit macam snowy gituuuu ^_^

Ok bye....

Thursday, March 1, 2012

Pengorbanan Cinta

Bismillahirahmanirahim...
saye harap kamu semua baik-baik aje... ^_^



Mak ayah, maafkan saya atas kesilapan yang saye lakukan..tegurlah diri ini yang mengharapkan didikan yang sempurna darimu...

Lahirnya ke dunia, seorang bayi meraung dan menangis memecah kesunyian, saat di mana manusia sekililing menunggu ketibaan insan baru dalam kehidupan. Tangisan bayi comel itu membawa khabar gembira kepada sepasang suami isteri yang bergelar ibu dan bapa. Tangisan itu melakarkan senyuman yang berpanjangan. Penantian yang panjang selama 9 bulan 10 hari terasa sangat bermakna, pengorbanan ibu melahirkan anaknya suatu pengorbanan teragung yang tiada tolak banding.

Namun sangat memilukan apabila pusat penjagaan orang-orang tua sentiasa penuh dan bertambah dengan kedatangan penghuni-penghuni baru setiap masa. Persoalannya, apakah anak-anak sekarang sudah buta dalam menilai dan menghargai? Sedangkan nilai kasih sayang seorang ibu tidak terhingga terhadap anak yang dilahirkan. Ibu yang mendidiknya bermula dengan belajar meniarap hinggalah anak itu pandai berlari-lari, malah tidak kurang yang sangat petah berkata-kata.

semasa ada ibu & ayah yg msh hdp, jg lah hati mereka sebaiknya......jgn bg mereka terasa hati....redha Allah adalah terletak pd redha ibu bapa.selagimana nasihat & tgrn dr ibu bapa tidak bertentangan dengan syariat, kita mesti ikut dan patuh......

Thursday, April 7, 2011

Abah dan Pengorbanan ^_^

~Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum...
Alhamdulillah....syukur pada Allah yang banyak beri rezeki untuk makhluk ciptaanNya.Semoga kita sama-sama bersyukur tehadapNya ^_^

Selepas lebih 2 minggu dapat result ni,macam-macam nak mohon.Sibuk login borang ni,borang tu...entahlaa..aku mohon je mana-mana yang layak,jika ada rezeki,Insya Allah..Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui...kita hanya berusaha dan merancang,Allah yang berhak menentukan :)




Aku sangat terharu dan tak mampu nak ungkapkan perasaan sayang pada seorang insan yang bergelar ABAH.Begitu banyak pengorbanan yang abah lakukan demi memastikan kami adik-beradik mendapat pendidikan dan duduk dalam suasana yang selesa,baik dan selamat.Aku amat bersyukur kerana mempunyai ayah yang mengambil berat tentang keadaan anak-anaknya.

Bersyukur rasanya punya sebuah keluarga yang memahami dan ada fikrah agama.Apapun,keluarga kami sentiasa diuji dengan ujian Allah.Kata mak,kita sentiasa mengingati Alah,berdoa selalu dan jangan berputus asa kerana tida kuasa lain yang dapat menandingi kuasa Allah yang Maha Hebat.

Abah lakukan segala-galanya yang terbaik untuk anak-anak.Suata hari,abah tunjukkan satu fail yang sangatlah tebal dan berat pada aku.So,bila aku buka,korang tahu ape yang aku lihat??

Segala keratan tentang universiti,kolej dan mana-mana pusat pengajian yang ada dalam surat khabar semuanya abah potong dan tampal untuk jadikan sebgai rujukan.Kata abah,usaha yang die buat ni,dari abang aku darjah satu lagi..tahun 1996.Uisshhh...lamenya!!!

Jadi,bila kitaorang semua dah besar,baru abah bertindak dengan usahanya tadi.Barulah aku tahu yang abah seorang yang peka dan jenis yang mengkaji semula apa yang didengar dan jumpa.

Kata abah,dapat tak dapat itu semua rezeki daripada Allah.Yang penting kita usaha.Jika ada rezeki,baru kita buat pilihan..jika belum lagi,kita usha dancari alternatif lain.Kejayaan dan kegagalan milik Allah.Dia Maha Kuasa dan Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita



Mungkin sesuatu yang kita suka itulah buruk pada kita dan mungkin sesuatu yang kita tak suka itulah yang baik untuk kita.So,sabar,doa dan reda kepada Allah.