Monday, November 10, 2014

Cake Party!!!

Assalamualaikum, hai ^_^

Sejak akhir2 ni aku macam rajen buat kek. Macam je... -,-
Entah kenapa, syndrom baru datang menyerang kot sebab kadang2 tak tahu nak buat ape.
Haa.....tak tahu nak buat ape???
Nak kena sekeh ni, kerja belambak semua last minute buat :p

Saje mencuba, mane tahu kot2 jadi, terus feeling Master Chef giteww.
Kalau tak jadi, mane ade nak masuk dalam belog kan...muehehehe

Kek ni aku buatkan sempena menyambut Hari Baik Sedunia :)
Khas untuk parents aku yg suke makan kek he3
Tapi versi aku ni tak manis sbb parents request JANGAN MANIS.
So, ade gaklah kuantiti ramuan kemanisan yang aku kurangkan.

MOIST CHOCLATE CAKE

Maaf, kualiti gambar tidak menggembirakan. Camera phone menjadi pilihan :)

Bahan-bahan :

BAHAN A
1 cawan serbuk koko 
1 cawan susu cair/fresh milk
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
3 biji telur ayam

BAHAN B
1 setengah cawan tepung gandum
1 setengah sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla

BAHAN C
Cooking Choc (aku gune dalam setengah bar)
Susu pekat (aku tak gune sebab coklat je pon dah manis)
Minyak masak (agak2 korangla, jangan byk sangat)

Cara-cara :

1)  Masak bahan A sehingga sebati (api kecil), asingkan telur, kemudian sejukkan.

2)  Pukul telur sehingga betul2 kembang, kemudian campurkan sekali dalam adunan coklat tadi yang telah suam2 kuku (jangan masuk panas2, nanti berketul).

3)  Campurkan bahan B ke dalam adunan Bahan A tadi kemudian gaulkan sebati (pastikan tepung diayak supaya tekstur adunan tidak berketul. Pusingan satu hala sahaja dan perlahan)

4) Kukus adunan yang sudah siap tadi dalam pengukus selama 1 jam 20 minit (balut loyang dengan wrapping plastic atau aluminum foil pon boleh supaya titisan air tak menitis dalam kek)

5) Siapkan coklat cair (topping) utk disimbah atas kek yang dah siap (adunan first biar buat pekat, dah rata nanti baru tambah sikit air utk limpahan coklat lazat menjilat jari kaki)


BUTTER CHESEE CAKE AND BLUEBERRY


Bahan-bahan :

BAHAN A
3 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan butter

BAHAN B
1 setengah cawan tepung gandum
1 setengah sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla

BAHAN C
Cream cheese (anggaran ikut suka hati)
Susu pekat (kemanisan ikut citarasa sesedap lidahmu)
Cheddar cheese

Cara-cara :

1)  Pukul bahan A sehingga sebati dan betul2 kembang. Letak ke tepi dan rehatkan sebentar.

2)  Masukkan bahan B ke dalam adunan tadi dan gaul hingga sebati (pastikan tepung diayak supaya tekstur adunan tidak berketul. Pusingan satu hala sahaja dan perlahan)

3)  Bakar adunan tadi suhu 150 sehingga masak dalam.

4) Potong kek kepada 2 lapis kemudian sapukan jem blueberry sebanyak mana mahu (aku terlupa part ni, tu yang letak jem kat tepi2 cake, asal boleh telan sudah le...)

5) Siapkan bahan C (topping) utk disapukan di atas permukaan kek. Parutkan cheddar dan kalau ade pape kat dapur tu bolehlah di tabur seperti choc rice atau permata manik mutiara pon bolehhh...

SELAMAT MENCUBA SEMUA!!! ^_^

Hantaran Tunang

Assalamualaikum, hai ^_^

Saje nak sharing, maybe korang boleh gunakan sebagai idea nanti :)
Ni hantaran sebelah lelaki.
Semuanya 7 dulang.
Bajet pon oklah, cume yang agak mahal sikit sebab bunga tu kami pilih jenis kain rubber (entah, orang panggil ape yek?)

Semua hantaran ni dibuat sendiri dibantu dengan kawan aku Che Sue.
Dialah orang yang paling semangat nak bantu aku gubah, semua ni banyak hasil daripada sentuhan tangan dia, kreatif kan?

Gigih kitorang drive menuju ke Nilai 3.
Dekat je, 20 minit dah sampai dari tempat aku IPG KPI, Bangi.
Pilihan kat sana banyak, harga pon boleh deal kalau kita tawar :)
Bolehla dapat harga borong sebab mostly wedding planner pon amek barang dari sini.
Kira gudang perkahwinan terbesar la...

Boleh je nak gi Jalan TAR, tapi sebab nak merasa angin baru maka ku turutkan saje kehendak Si Penggubah, Che Sue.
Pasal nak pilih barang jangan cakapla, 3 jam dalam kedai.
Confius sebab tak tahu nak pilih ape, rambang mata bukan main lagi la Mak Andam sorang ni.

Kami pilih tema Frozen gitewww sebab abang aku nak warna biru putih.
Jadi pilihan bos haruslah ditepati nanti banyak songeh aku suruh je buat sendiri :P
Siap snap2 gambar mase membeli, jenis bangsa tak reti sabooorrr macam gituleee...muehehehe


Tadaaa!!!


7 dulang semuanya. Mula2 rancang 5 dulang, pastu entah kenapa beranak lagi 2 -,- subur agaknye.


Snap pic depan masjid tempat kumpul untuk konvoi. Pelik je Tok Imam tengok aku tonggeng2 snap gambar. Kemain photographer sangat...tapi mampu camera hanset je, DSLR sila bawak bertenang ye.


Sirih junjung ni mak aku "selenggara" semula sebab aku guna daun plastik awalnye. Pastu nampak cam tak masyuk, terus beli daun sirih keling ni kat pasar Larkin. Ha3...Itu pon ade je selit sikit2 daun plastik. Kelam kabut bapak aku cari pagi tu nak pergi dah...mak pulak buat dalam kereta. Hmmm....nampaknya masa digunakan dengan bermanfaat, kalau tak tido jelah jawabnya :)


Set mandian. Barang2 hantaran ni aku dah beli sehari sebelum beli barang untuk dulang. Untuk yang bunga kat atas pemegang tu, sebenarnya bunga tu dijual berasingan ikut warna. So aku beli 3 warna sekali sebab nak bagi warna biru tu timbul. Putih, biru pekat dan biru cair. Ranting2 putih tu saje diletakkan :) tujuan nak nampak cam ala2 salji Winter Sonata kot....layannnn


Bakul buah-buahan, beli malam sebelum majlis. Lagi setengah jam pasaraya Malsee nak tutup...hoih, kelam kabut bukan main. Yang nampak berkilat tu cam biaselah, sapukan minyak masak je.


Bekas cincin. Sebenarnya ade 2, tapi satu lagi tu aku just baringkan je kat dalam bekas he3


Manisan. Guna lolipop strawberry ngan Ferrero Rocher. Mula2 nak guna lolipop biase yang bulat tu je tapi nampak macam terlampau warna warni, so untuk nampak kemas kami guna satu warna je.




Cookies. Mak aku kate ni taman bunga ke ape? +_+ 
Hmm...saje nak menghabiskan bunga yang ade, terbeli besar pulak tapak gabus tu.




Kain pasang lace masa nikah. Aku beli kain potong sebab senang nanti nak matchkan dengan baju lelaki. Lagipun takut terbeli saiz kecik, kang tak muat pulak pakai.

Mohon doa dari kalian.
Semoga segala urusan dipermudahkan ^_^







Sunday, November 9, 2014

Mood Exam Doakan Ye

Assalamualaikum, hai ^_^

Sempat lagi aku mengupdate blog ye.
Exam tinggal seminggu je lagi nak menjengah.
Study week aku tak tahulah cemane....jgn ke laut dahle.
Buka buku setengah jam pastu buka laptop layan movie.
Kebangangan apekah diri ini? -,-"
Haihh

Jadual exam...oklah, tak packed sangat, ade mase nak berjimba ^o^

Sem ni bagi aku agak mencabar la jugak :'(
Kan best kalau otak aku ni semua jenis kamus Bahasa Arab terinstall.
Hish, kalau2....dosa tau. Allah kan suruh kita usaha.

Belajar subjek Kesusasteraan Arab.
Oooo...pitam +_+
Kalau subjek nahu ngan sorof tu boleh handle lagi.
Ni belajar sejarah ngan syair arab jahiliyah. Argghh.
Tarik nafas jap.

Untung ade kawan2 yang baik bagi pinjam nota.
Aku join grup study diorang ade 7 orang.
Diorang bagi2 tajuk, then masing2 buat nota..nanti dah siap kepilkan sekali. Kan mudah :)
Walaupun tak faham atau lambat faham macam aku ni, tapi mereka tetap bersabar menerangkan dengan penuh berhemah ^_^
Terima kasih kawan sbb support each other.

Rase takut je nak jawab exam memandangkan persediaan baru 30%.
Bahasanya pulak tinggi, kadang2 aku cari kat google translate pon tak jumpa :'(
Hatta lecturer pon kadang confius, apa lagi aku kanzzzz

Subjek Penggunaan Sumber dan Pengajaran Bahasa Arab pon agak mencabar sebab terms ICT di Bahasa Arab kan O_o paham?
Buat2 paham jelah...naseblah aku tulis esei guna bahasa sendiri. Harap ustaz faham :)

Ni bukan merungut ke hape, jangan salah faham ye (ayat cover diri)
Aku nak lepaskan kerisauan di blog peribadi je walaupun tak membantu :p
Bila tengah makan ke, drive ke, berbual-bual ke...tetibe teringat exam kan, dada aku mesti berdebar dup dap dup....
Peluh menitik naseb tak masuk makanan yang dimasak.
Hidup tak keruan.
Berdebar menanti ibarat menunggu orang masuk meminang. 

Setiap kali exam aku cenggitu.
Darah gemuruh terlampau entah mewarisi sape la.
Ni ok lagi, time SPM dulu lagi. Kemain over siap takleh tido.
Pastu esok kepala blank takleh fikir.
Membazir mase dekat satu jam setengah baru boleh tulis karangan BM.
Mengada kan aku?

Slip exam sudah ada, menambah lagi debaran di dada

Mesti korang terdetik kan...
Dah tahu nevess tahap cipan time exam, baik ko gi belajar,  ni sebok update blog.
Iyolahhhhhh

Gigih ke kelas walaupun keseorangan demi menambahkan ilmu di dada. Ehem. Sunyi ku rasa. 
Kononlah nak belajar dalam keadaan yang tenang.
Usah tetipu dengan nota yang banyak. Setiap setengah jam pegi layan drama korea -,-"

Dan yang paling penting.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Kemain gigih aku bawak bekal dari bilik sebab tak nak balik jimat masa. Jimatttt sangat... (menanges sbb terkenang tengok drama korea) ko mampu siap bawak bakul bekalan bagai demi sesuap nasi?

Doakan aku ye. 
Moga Allah permudahkan masa aku menjawab nanti.
K bye, salam.

Saturday, November 8, 2014

Kenapa perlu jaga pemakanan seharian?

Assalamualaikum, hai ^_^

Dah makan?
Kalau dah, jom sebut Alhamdulillah :)
Kenyang perut, bergolek sambail angkat tangan....owh, nikmat! Burrpp.....

Kenapa Islam anjurkan kita untuk jaga kesihatan terutamanya PEMAKANAN?

Selain daripada sumber yang halal, kite kena pilih makanan yang berzat dan berkualiti untuk makanan seharian kita.
Tak semestinya kena mahal2 bagai...buat ikut kemampuan.

Selagi tak menyusahkan, kita teruskan gitewww ^_^
Pemakanan sangat penting sebab ia memberi kesan untuk jangka masa panjang.
Kalau kita tak mulakan daripada sekarang lagi2 yang muda ni....jangan menyesal tak sudah kalau umur dah meningkat nanti macam2 penyakit datang.

Kita hanya berusaha, segala-gala yang datang hanya Allah yang mengetahui.
Dia beri kita sakit pon bersebab, ada hikmah yang Allah dah rancang untuk kita.
So, tak salah untuk kita berikhtiar dan berhati-hati demi kemaslahatan diri kan? :)

Niatkan tujuan  makan makanan yang baik supaya mudah untuk kita beribadah.
Itu pun dah merangkumi kesemua aspek kehidupan yang kita nak capai.
Yang penting reda Allah ^_^

Saje nak kongsi supplement dan makanan sunnah yang aku amalkan :)
Pasni boleh la korang usha2 kat mana2 kedai kan sekali usha awek/mamat kedai mueehehehe
Harga pon boleh runding, ceh, macam aku je yang jual :p


Calon pertama : CUKA EPAL
Aku amek setiap pagi campurkan sekali dengan madu.
Rasa memang sedap, masam manis
Kalau engko mampu telan gitu je pon boleh, tapi pedihlah tekak 
Aku pernah cuba sekali, macam nak terputus tekak.
Seeloknya korang amek dengan air suam lagi baik.
Jangan macam aku ni, pemalas nak masak air ehhee....


Calon kedua : MINYAK ZAITUN
Jujurnya aku tak boleh makan minyak zaitun ni secara kosong tanpa apa2 ramuan tambahan.
Sebab aku rase cam telan minyak, nak termuntah.
Ooo, psiko barangkali :p
So, penyelesaiannya aku makan ni campur dengan pati delima, so raselah masam2 sikit,
Selain makan, kadang2 kalau aku rajen aku sapukan dekat muka.
Pada uoollss yang ade masalah kulit kepala pon boleh sapukan kat rambut serta kulit.


Calon ketiga : MADU
Pilihlah madu asli, kurang gula tambahan :)
Tipulah tak letak gulakan even madu organik pon akan letak sikit. Maybe stevia? eh papelah.
Orang tua2 kata kalau nak tahu madu asli ke tak, biarkan, pastu tengok semut datang ke tak.
Kalau datang tu namanya tak asli. Entahla.
Sepanjang aku bereksperimen, semut ziarah je walaupun tetulis NATURAL HONEY.
Hmmm...kalau korang nak yakin betul2 memang madu asli, aku sarankan ko turunkan sarang lebah pastu perah sendiri je senang.
Ha, barulah tanpa was2 ^_^ 
Pastu bangga jap sebab mampu buat kerja gitu.


Calon keempat : PATI DELIMA
Yang jenama gulsan ni lama dah kat pasaran.
Banyak lagi jenama kalau korang usha kat kedai.
Rata2 aku ke kedai dia jual RM15 same ngan cuka tadi, tapi tak tahulah kalau ko kena RM20 ke kan...macam mak aku. Hoihhh....sabar jelah
Selain makan macam tu, anda boleh buat air. Ala2 kordial gituuu. Hidangkanlah pada tetamu, mungkin berlaku keterujaan sebab jarang rumah menghidangkan jus delima :)
Mungkin terlihat kemewahan di situ walaupun tak seberapa. Ehem.


 Calon kelima : RADIGLOW
Supplement berbentuk pil flavor blackcurrant ni aku amek setiap pagi lepas bangun tido, 2 biji sehari.
So far aku pakai ok, walaupun muka jawa tapi masih mampu untuk bergaya seperti retis.
Selain untuk kulit, baik juga untuk kecergasan dalaman.
Bukan nak kata lebihla, tapi kulit muka aku kurang berminyak berbanding dulu dan kemerahan sikit.

Calon keenam : ESP dan GLA Shaklee
Pakai benda ni direcommendkan rumate aku.
ESP aku tak amek tiap harilah sebab kadang2 terlupa. Korang bleh search sendiri kot pasal benda ni.
Antara produk Shaklee yang hot.
GLA memang aku amek setiap hari. Ramuan dia sama macam Primerose Oil. Lebih kurang je.
Sangat bagus untuk dalaman wanita dan kecergasan.

Itu sajelah sharing aku pada korang.
Nampak macam banyakkan?
Sebenarnya tak pon, kena pandai susun jadual nak makan mana.

Aku takdelah amek sekaligus satu masa. Bahagikan....
Contoh pagi sebelum sarapan aku akan pastikan amek Radiglow, dah siap2 nak kuliah/kerja aku amek minuman cuka + madu.
Dalam pukul 10 pagi, kalau tak makan  aku amek ESP.
Tengahari makan macam biase, kadang2 aku tak balik duduk je kelas sampai petang. 
Balik dalam pukul 5 ptg aku amek minyak zaitun dan pati delima.
Malam sebelum tidur aku telan GLA.

Mudah je sebenarnya. Kena bijak merancang.
Kalau malas nak gerak, letak je tepi katil senang capai.
Buatlah secara istiqamah, insya Allah kesihatan yang baik untuk anda :)
See u!

Bibir tidak bergerak, Allhuakbar!

Assalamualaikum, hai ^_^
Entry kali ni nampak macam biase je, tapi sebenarnya kalau kita HAYATI, ia LUAR BIASA!!
Sebab, sebagai seorang muslim, hari2 kita akan menyebut lafaz ni dalam setiap solat fardhu 5 waktu.

Cuba tanye diri sendiri, sejauh manakah penghayatan kita terhadap kalimah tahlil ini?
Adakah memberi kesan pada jiwa dan diri melalui setiap perbuatan dan percakapan yang aku lakukan?




Dari Jabir ra , Rasulullah saw bersabda : Sebaik-baik dzikir adalah : Laa ilaahailallah . Barangsiapa mengucapkan Laa ilaahailallah , maka ditanamlah baginya sebatang pohon kurma di surga (HR Turmudzi)

Kalau kita perhatikan, semasa kita menyebut kalimah LA ILA-HA ILALLAH, kedua-dua bibir kita (atas dan bawah) tidak bergerak. Subhanallah!!!

Kenapa dan mengapa?

Itulah rahmat Allah yang Maha besar ke atas hamba-hambaNya.
Ini kerana apabila seseorang yang didatangi Sakaratul Maut (Nazak), dia sudah tidak berdaya lagi menggerakkan seluruh tubuhnya kecuali LIDAH sahaja....Maha Suci Allah


“Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) -Ku.”  (Al-Baqarah : 152) 

Jom sama-sama kita jadikan zikir sebagai amalan.
Kalau tak mampu, dalam hati pun sudah memadai.
Yang penting hati sentisa ingat kepada Allah, JANGAN TERLEPAS PANDANG!

Bersyukurlah dengan segala nikmat dan peluang yang diberi Allah.
Nikmat mana lagi yang hendak kita dustakan?? (Rujuk surah Ar-Rahman)
Allah Maha Kaya, sesungguhnya Dialah mencipta seluruh alam ^_^

Tuesday, November 4, 2014

Kisah budak2 dan aku

Assalamualaikum, hai ^_^
Korang suka budak2 tak?
Kalau suke baguslah.....
Eh, ade ke tak suke?
Takpelah, masing2 kan...

Oh, aku sebenarnye kekok gak kalau melayan budak2 nih.
Maklumlah kat rumah semua dah besar2...buat kerja sndr je kat bilik.
Kalau nak hangout je masing2 sekepala...he3

Disebabkan dunia aku sentiasa dengan budak2, maka aku layankan aje sifat semulajadi yang terkadang aku pon terikut sama perangai mereka ^o^

Saje nak berceghiteee...
Dalam melayan kanak2 ni, sebenarnye banyak perkara kita boleh belajar daripada mereka terutamanya kejujuran.

Kadang-kadang iollss sentap gak kalau mereka ni bercakap...ha3
Biaselah kan, tapi betul gak...ape yang mereka cakap tulah kadang2 realiti.

Ingat tak masa kite dalam umur diorang?
Segala benda nak mengadu kan...
Semua nak bercakap, nak tanye...itu, ini.
Huih, bila sekarang layan budak rase... @,@ Eh, tak kuasa! (mata ke atas, tangan di pinggang)

Pujuk diri sendiri
Jangan pulak kite rase annoying or marah bila kanak-kanak tanye.
Sebab?

Bila kite respon macam tu, ia akan membantutkan sifat inkuiri diorang utk explore dunia sekeliling mereka.
Just go on....approach diorang utk cuba sesuatu yang baru.

Biar dia belajar daripada kesilapan.
Bagi dia rasa dan lalui zaman kanak-kanak.
Kita sebagai orang dewasa yang akan tunjukajar mereka kalau ade kesilapan.
No pain, no gain :)

Tapi bila kite dah besar, masing2 macam cencorot kepala kecik ^o^ (aku letewww)
Lecturer tanye, sape tak paham? Anything else do u want to share with me?

Kelam kabut ko kan...
"Wei, prof pandang aku la"
"Sorok muka...sorok muka..."
"Eh, cemane ni? Cemane ni?"

Kalau yg memang hantu korea memanjang...
"Ohmooo...ottoke?, ottoke?" (pang! sekali)
Dan seumpama dengannya.

Last2 lecturer tanya, dia jawab balik ^_^
That's all scenarios yg bleh kite tgk dalam kuliah mane2 tempat belajar pon.

Ni antara pengalaman aku yang boleh sharing ngan korang la.
Bagi aku ia sesuatu yang menarik sebab aku belajar something dengan setiap budak yang aku jumpe ^_^


1) Budak comel babam kat atas ni nama dia Ainaa. Oiii...geram aku tengok. Baru 2 tahun, tapi keletah die amboi...macam orang tua2 je ha3

Dia memang kuat minum susu dan makan ^_^
Ko bayangkanlah, setiap 30 minit mintak Milk! Milk!
Pengsan aku...tetibe susu yang mak die bekal dah habis, sempat buat 3 round je.
Pastu aku amek sikit susu budak lain...Ainaadah meraung pulak.
Mengekor dari belakang sampai aku siap bagi die susu. ( Bagitahu mak budak yang aku minta susu sikit tu hu3 naseb baik sporting ^_^)

Ade sekali tu waktu makan, so dengan riak happy giler Ainaa makan la bertambah 2 kali.
Mase tu ade budak yang tengah tido, so aku layankan dulu yang first trip ni.
Jap gi kawan dah bangun, si Ainaa ni nak makan lagi....OMG
Makanan pulak memang tinggal yang baki...aku beri biskut je kat budak babam ni.
Ok lah tu, 10 minit awal makan dengan gelojohnye...aku gi suap budak lain.
Jap gi aku pandang semula, boleh die curah2 susu yang dicampur ngan biskut lembik tu kan badan die....
Omaaagaddd....urut dada aku. Sabar..tarik napas mak....

Pastu aku tanye, kenapa Ainaa buat cenggini?
Paham tak pahamlah budak 2 tahun cakap kan, die kate main masak2...ohhh...
Hebat sungguh ko masak ye siap curah2 kat badan...
Naseblah nak ko bawak baju spare nak oi

Ainaa ni bagus tau, dengar kate je.
Mase basuh berry die, aku ajar cangkung pastu cebok, mule2 blur..tapi die ikut cepat je. Cerdik ^_^
Suruh tido, terus baring.
Suruh colouring , bagus...die kaler corak abstrak tajuk "Contengan Hikmat Bermisteri":)

Masa ni aku kerja kat nursery jadi babysitter.
Ko bayangkan...aku dua orang je ngan kawan aku, Aifa...pastu jage budak dekat 15 orang.
Eh, kalau semua budak2 tu umur sekolah rendah boleh tahan lagi...
Ni ade baby, majority around 2-6 years old.

So, ko paham2 la kan...
Jadi lipas kudung jap ha3
Sini nak milk, tetibe yang dalam bilik menjerit gaduh rebut barang.
Yang sorang tengah layan makan, tetibe datang lagi nak terberry.
Haihlaaa....kelam kabut aku.
Aifa pon pening dah, nak buat mane satu dulu ^_~

Kesian aifa aku paksa bersihkan lampin sebab awal2 die macam geli2...dah 3 budak aku je buat, last2 suruh dia gak sebab aku tengah layan yang lain.
Takpe ye aifa, pengalaman mematangkan kite :)
Dah macam mandur pulak aku, guide orang cuci berry budak ha3
Majority yang datang nursery ni parents diorang student dan lecturer kat UKM.


Atromen Aku Datang!!!

2. Name budak hensem ni Ya'cob  ^_^ baru umur 5 tahun he3
Aku jumpe budak ni mase ade daurah cuti sekolah...
Mak dia staff bahagian kewangan kat IPG kitorang so kadang2 tu adelah terserempak ngan Ya'cob ni bile balik dr kuliah.

Time ni aku pegang bahagian budak menengah, so bile waktu rehat atau berkumpul ramai2 je aku ngan tahap lain.
Ya'cob letak dalam kumpulan prasekolah :)
Nak tahu tak ape yang menarik tentang Ya'cob ni?
Parents akan hantar anak2  diorang pukul 7.45 pagi hingga 5.30 petang. So memang seharian la budak2 ni ngan kitorang buat aktiviti apa2 la...LDK ke, rehlah ke, semua lah.

Yang comelkan :) tepat jam 11 pagi, ni memang time tido Si Ya'cob.
Mane2 portlah tak kesah tengah dewan ke, atas kerusi ke, atas rumput ke...dia akan tido kat mane2 yang die suke bahaaaa ^_^

Sampai ade kanak2  yang tahap die pon jeles ha3
Ade sekali tu kan, kitorang punyelah panic cari die tak jumpe sebab semua budak
tengah main, last2  ko tahu kat mane jumpe si budak ini?
Die kat belakang pentas tengah sedap tidoooo terbongkang....pengsan oiii

Ni baru first day dah macam ni, pastu hari2 seterusnya fasi2 semua dah alert siap ade sorang fasi ni junior  aku, Syahira....sedia bantal bawak dari bilik die :)
Bagus mak...pandai ko prepare kan...ha3

Gigih Ustaz Hassan dukung Ya'cob :) time ni rehlah kat taman botani putrajaya...kemain lagi siap kena dukung +_+

Kat kerusi pon jadilah anak....

Siap beralaskan bantal ha3 orang sebok solat zohor, si kenit ni sedap je tido 
Masa tu time rehat hari kedua tak silap aku, Ya'cob ni dah bangun  tido la, pastu dia cari fasi ngan kawan2 die tengah buat aktiviti  time tu...
Jap gi aku terdengar ade sorang budak grup die cakap " Amboi Ya'cob....selamat pagi,
sedaaappp tidoooo???"
Hahahahahaha!!! Gelak gile aku...dah la tengah minum time tu, naseb baik tak tersembur...
Sinis betol dengar, aku terus pandang cari suara sape, uihhh....tak padan dengan kecik, ketot...umur pon 5 tahun jugak. Kemain siap sinsing lengan cekak pinggang...
Rase nak pang! je sebab comeeeyyylll sangat ^_^ haih

Dah waktu balik, kitorang yang fasi ni beritahulah mak die, Puan Fatimah, Ya'cob  ni memang time die tido ke sebab dah 3 hari memang dah rutin die tido.
Puan Fatimah  geleng kepala je sebab die kate kat rumah ke sekolah ke tak pulak..he3
Pastu mak die dah serba salah sebab cam menyusahkan  kitorang nak jaga anak die lagi..aktiviti  ngan budak lain lagi...

Kitorang cakaplah takde pape pon, biaselah budak...maybe dia tido lewat kot sebab ade cousin die sekali, Kyzrie. Duduk rumah same...tu yang main lewat malam tu hu3
Takpelah nak, asal engkau bahagia sudahlaaa...

Kan ade aku cakap budak lain jeles kan?
Haaa....memang pon. Siap tanye kenapa Ya'cob selalu je tak join buat aktiviti ngan diorang...tido je. Kenapa dia tak boleh?

"Oh anakkku, Ya'cob die kecik lagi...Kyzrie
kan dah besar....big boy dah. Takkan nak tido jugak....tak kuatlah camtu. Kyzrie tak nak main ngan kawan2 ke datang sini? Nak tido macam  Ya'cob jugak? Isshh...tak bestlah, baik Kyzrie duduk rumah je tak payah jumpe abang ngan kakak". Puasku memujuk, eh, ayat oh anakku tu aku tambah je....tak terkeluar pon gitewww

Pastu boleh pulak die jawab, "Eleh, Kyzrie  pon 5 tahun jugak...same je..." sambil buat muka kat aku :)

Dengan tenang daku menjawab, "Habes tu Kyzrie  pon nak tido jugak ke??? Oklah camtu, Kyzrie pegi tido...biar kawan2  lain main permainan  best2, nyanyi2. Takpe...pegilah".
Die tengok aku tak endah die terus bersetuju tak nak merungut lagi. Bagus Kyzrie  budak cerdik ^_^ Be strong yawww

Kadang2 kite perlu bertegas dengan budak2.
Dalam ketegasan perlu ade kelembutan.
Berkasih sayang dgn diorang sebab budak die selalu nakkan perhatian daripada orang sekeliling die.
Yelah, mereka pon masih belum boleh berfikir dengan matang...budak kan...so fahamilah dunia mereka.
Kalau kite tak bagi or halang sesuatu tu, kena bagitahu sebab ape kite tak bagi? Sebab ape kite halang die buat? Sebab?
Walaupun kadang2  die tak paham apa yang kite cakapkan, takpe its okay....
Just terangkan guna bahasa yang dia paham, tak pon tunjuk kesan kalau die lakukan jugak...

Jangan pulak ko marah ke tengking ke, pastu dia blur tak tahu sebab  ape kena marah.
Budak ni, die install  apa yang orang cakap ngan die...tu yang kadang2  nakal semacam je, memberontak, tak hirau cakap orang.

Bagi aku kena banyak  sabar walaupun aku pon kadang2  tak sabar jugokk...biaselah manusia, ade up and down.
Yag penting sentuh ngan kasih sayang,
anggap satu hari ko pon akan ade anak...
So, dari sini kite belajar macam mana nak treat  budak, approach  utk buat something  yg mereka boleh belajar...semua tu dengan ilmu.

Ahhaa...aku cakap macam orang dah ade anak je kan? Mueeheee
Insya Allah, satu hari nanti semua kaum hawa akan melahirkan da'ie2 yang akan menjadi khalifah di bumi Allah.
Jadi, tak salah kalau kite ambil tahu ilmu parenting ni walaupun belum ade perancangan lagi nak berumahtangga ke kan ^_^



3. Name budak ni Harith Irfan :)
Kalau cakap kan, semangat je. Siap dengan gaya takleh blah.
Budak ni student aku mase ajar quran kat Tahsin Tilawah Bestari.
Umur baru 5 tahun.

Ade sekali tu die main2 ngan kawan sebelah, aku tak perasan kawan die pegang pensel...
Jap gi toleh dua2 tengah menangis...hoihhh sakit kepala. Rupa2 nye berebut pensel....entah, unik kot pensel tu, siap bleh tukar2 warna ngan design.
Aku ape lagi, bulatkan mate terus dua2 senyap...memang takla nak pujuk time tu, ramai masih belum tasmik lagi he3
Ko bayangkan, 15 orang aku kena handle sorang, semua area 5 tahun - darjah 3. Pengsan jap...

Aku rindu sangat kat budak ni, mase last day aku ngajar die menanges ha3 drama sangat
Paling suke time die baca depan aku, kadang2 nak tergelak pon ade sebab ko paham2la budak 5 tahun mengaji kan...ngan pelat2 die lagi, eiisshhh...geerrrraammm aku, comel sangat lahai

Aku pegang budak mengaji iqra', kena sabar sikit sebab biaselah budak, otak ingat main, jadi kena pandai ambil hati nak suruh die mengulang baca....
Lagi2 time diorang boring, memang melingas la mata engkau nak jaga budak pastu nak dengar budak lain bace.
Kalau tak pandai handle memang stress, tapi normal la kan :) semua cikgu akan merasai perkara yang sama.

4. Nama budak kat bawah ni Imran. Dia anak lecturer aku :)
Aku jumpe die mase join daurah cuti sekolah plus aku ajar tuition subjek Sains kat rumah die.
Cerdik budak ni, cepat belajar ^_^


Satu hari aku terdatang lewat nak mengajar sebab ade hal sikit time tu.
Kelas pukul 8.30, aku datang lewat 1 jam.
Maafkan cikgu ye hu3

Masuk je rumah die, mak die suruh aku kejut...Imran dah tido, lama tunggu aku :'(
Tak sampai hati pulak.
Aku cakap biarlah Imran tidur, kite sambung esok je. Mak die kata ok je...
Jap gi Imran bangun, aku tanye, Imran ok tak nak belajar?
Die pon cam blur2 terus duduk kat meja.
Aku suruh die cuci muka dulu, pastu terus sambung belajar.

Time aku terangkan tu nampak die letih dah, tapi aku cover sebab tak nak bagi die mengantuk.
So, aku buat lawak2 sengal time terangkan tu...
Aku tanye die Imra ok ke nak belajar ni?
Die angguk je...so aku teruskan.
Tetibe die nangis tersedu-sedu....ohhh tidakk!! aku panik sebab mak die ade kat situ @,@

Aku tanye die, first tak jawab....oklah, berhenti jap. Dah bape minit tu baru tahu die sedih sebab macam terpaksa je belajar, die letih sebab petang tadi main bola sampai maghrib, tambah kena marah kat bapak die pulak tu hu3
Aku yang serba salah sebab datang lambat.
Maaf sangat2 ye Imran...

Jangan contohi perangai tak baik ini ye adik2.
Pengajaran untuk aku.

Pembelajaran haritu ditangguhkan :)

Nah, pizza untuk awak :)

Thursday, October 9, 2014

Kunjungan Istimewa, Semua Gembira

Assalamualaikum,  hai ^_^
Citer bulan lepas, tapi aku tak peduli nak citer gak :p

Alhamdulillah, semua berjalan lancar...
Kalau takde pape aral insya Allah  tahun depan aku bakal dapat kakak ipar :)
Doakan yer...

Takleh citer lebih2 ni, nanti kena sula ngan abang aku....oppsss!!

Ni bukanlah majlis merisik ke..bertunang ke...
Saje datang rumah ziarah2
Disebabkan kerja abang aku ni kat laut yang susah nak jumpe setelah 6 bulan, maka adelah sedikit perbincangan antara family :)

Mase ni mak aku masih sakit lagi...sian die, duduk kat wheel chair je.
Sebab tu aku balik tiap minggu sebab keadaan mak aku memerlukan support...

Bukan nak cakap ape la...
Ade aku je nak masak2 macam ni..
Kalau tak mak aku memang tak ke dapur nak masak2..semua ayah aku beli
Yela, sibligs 3 org, sorang jauh, sorang separa jauh, sorang dekat tp susah nak balik sbb sekolah die tak sama ngan sekolah biase.

Maka, dengan kudrat...ceh, dengan kekuatan yang diberi oleh Allah Subhanallahu Taala, waaa...puitis aku ^_~

Ade 3 menu yang aku rancang dan berjaya siapkan he3
Tetamu mesti diraikan, ikut kemampuan...
Ikhlas terima kunjungan, itulah sebenarnya tanda rezeki kita sentiasa dibuka oleh Allah :)

Tadaa!! Penuh masakkan cik kiah sampai 2 meja..


Bagus betol ayah aku...buka meja baru sebab meja asal nak gune utk makan jerr katanyaa

Aku buat roti jala kuah kari, laksa johor, lontong je
Je???
Eh, gigih tau....dari beli barang kat pasar sampai makanan hidang aku manage dgn bantuan parents hu3

Sian mak aku...beliau larat potong2 bahan sikit...pastu cakap letak ni..letak tu...arahkan amek ni..amek tu...
Wah! Big boss kau...wajiblah ditaati, kang tak ikut dosa je dapat
Eh, tapi ade gak aku tak ikut.... :3

Tetamu datang esok paginye...dalam pukul 10.
Aku start masak pukul 10 pagi hari sebelum, gigih bangun subuh sebab nak pegi pasar dgn ayah.

Banyak2 menu ni lontong la paling cerewet. Ko bayangkan, nak buat rendang ayam, kuah kacang, serunding....
Oiii...mak2 sangat aku dah. Kuah lodeh aku buat subuh sebelum tetamu datang sebab letih sangat masak sampai malam.

Roti jala ni terbuat lembut...cair kot adunan aku, tapi boleh la...
Habis jer aku tengok. Kuah kari pon buat subuh ha3
Nampak sangatla kelam kabut aku kan

Kuah laksa johor aku dah buat awal2 lagi, cume side dishes  tu ngan spaghetti baru nak celur subuh dinihari ^_^
Gigih sangat....

Mane taknye...mlm dahla tido lewat sebab panic langsir tengah tak siap2 jahit lagi.
Mak aku dah bebel bile nak siapkan.
Last2 aku geram mane yang hujung2 tu pin kan je, nanti turunkan smula jahit balik ha3 pandai sangatttt
Malam mak aku tido awal sebab kaki die dah mula bengkak dan sakit...banyak sangat gerak. Aduihhh....


Ceh, ko tengok tu siap bunga2 hidup bagai...
Ni paksa ayah aku beli kat pasar larkin, bagi
seri sikit meja makan.
Barulah semangat nak habiskan lauk aku yang buat tak pikir bape orang datang..banyak gilerrr...dah macam kenduri
Naseb baik habis, kalau tak mati ko kena bebel ngan mak aku :)

Ayah aku rajin...die yang kemas depan ni
Tugas aku dalam rumah  ngan dapur je


Kelam kabut aku cari saprah entah mane letak.
Naseb baik jumpe...hari tu kemas2 baru pindah aku main bongkar je...

Doakan ye untuk abang aku dan keluarga ^_^
Moga sentiasa dipermudahkan segala urusan dan bahagia dunia akhirat :)

Aku?
Bile?
Eh, tak pasal2.....habis belajar dulu wei