Showing posts with label Diariku. Show all posts
Showing posts with label Diariku. Show all posts

Monday, November 10, 2014

Cake Party!!!

Assalamualaikum, hai ^_^

Sejak akhir2 ni aku macam rajen buat kek. Macam je... -,-
Entah kenapa, syndrom baru datang menyerang kot sebab kadang2 tak tahu nak buat ape.
Haa.....tak tahu nak buat ape???
Nak kena sekeh ni, kerja belambak semua last minute buat :p

Saje mencuba, mane tahu kot2 jadi, terus feeling Master Chef giteww.
Kalau tak jadi, mane ade nak masuk dalam belog kan...muehehehe

Kek ni aku buatkan sempena menyambut Hari Baik Sedunia :)
Khas untuk parents aku yg suke makan kek he3
Tapi versi aku ni tak manis sbb parents request JANGAN MANIS.
So, ade gaklah kuantiti ramuan kemanisan yang aku kurangkan.

MOIST CHOCLATE CAKE

Maaf, kualiti gambar tidak menggembirakan. Camera phone menjadi pilihan :)

Bahan-bahan :

BAHAN A
1 cawan serbuk koko 
1 cawan susu cair/fresh milk
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
3 biji telur ayam

BAHAN B
1 setengah cawan tepung gandum
1 setengah sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla

BAHAN C
Cooking Choc (aku gune dalam setengah bar)
Susu pekat (aku tak gune sebab coklat je pon dah manis)
Minyak masak (agak2 korangla, jangan byk sangat)

Cara-cara :

1)  Masak bahan A sehingga sebati (api kecil), asingkan telur, kemudian sejukkan.

2)  Pukul telur sehingga betul2 kembang, kemudian campurkan sekali dalam adunan coklat tadi yang telah suam2 kuku (jangan masuk panas2, nanti berketul).

3)  Campurkan bahan B ke dalam adunan Bahan A tadi kemudian gaulkan sebati (pastikan tepung diayak supaya tekstur adunan tidak berketul. Pusingan satu hala sahaja dan perlahan)

4) Kukus adunan yang sudah siap tadi dalam pengukus selama 1 jam 20 minit (balut loyang dengan wrapping plastic atau aluminum foil pon boleh supaya titisan air tak menitis dalam kek)

5) Siapkan coklat cair (topping) utk disimbah atas kek yang dah siap (adunan first biar buat pekat, dah rata nanti baru tambah sikit air utk limpahan coklat lazat menjilat jari kaki)


BUTTER CHESEE CAKE AND BLUEBERRY


Bahan-bahan :

BAHAN A
3 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan butter

BAHAN B
1 setengah cawan tepung gandum
1 setengah sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla

BAHAN C
Cream cheese (anggaran ikut suka hati)
Susu pekat (kemanisan ikut citarasa sesedap lidahmu)
Cheddar cheese

Cara-cara :

1)  Pukul bahan A sehingga sebati dan betul2 kembang. Letak ke tepi dan rehatkan sebentar.

2)  Masukkan bahan B ke dalam adunan tadi dan gaul hingga sebati (pastikan tepung diayak supaya tekstur adunan tidak berketul. Pusingan satu hala sahaja dan perlahan)

3)  Bakar adunan tadi suhu 150 sehingga masak dalam.

4) Potong kek kepada 2 lapis kemudian sapukan jem blueberry sebanyak mana mahu (aku terlupa part ni, tu yang letak jem kat tepi2 cake, asal boleh telan sudah le...)

5) Siapkan bahan C (topping) utk disapukan di atas permukaan kek. Parutkan cheddar dan kalau ade pape kat dapur tu bolehlah di tabur seperti choc rice atau permata manik mutiara pon bolehhh...

SELAMAT MENCUBA SEMUA!!! ^_^

Sunday, November 9, 2014

Mood Exam Doakan Ye

Assalamualaikum, hai ^_^

Sempat lagi aku mengupdate blog ye.
Exam tinggal seminggu je lagi nak menjengah.
Study week aku tak tahulah cemane....jgn ke laut dahle.
Buka buku setengah jam pastu buka laptop layan movie.
Kebangangan apekah diri ini? -,-"
Haihh

Jadual exam...oklah, tak packed sangat, ade mase nak berjimba ^o^

Sem ni bagi aku agak mencabar la jugak :'(
Kan best kalau otak aku ni semua jenis kamus Bahasa Arab terinstall.
Hish, kalau2....dosa tau. Allah kan suruh kita usaha.

Belajar subjek Kesusasteraan Arab.
Oooo...pitam +_+
Kalau subjek nahu ngan sorof tu boleh handle lagi.
Ni belajar sejarah ngan syair arab jahiliyah. Argghh.
Tarik nafas jap.

Untung ade kawan2 yang baik bagi pinjam nota.
Aku join grup study diorang ade 7 orang.
Diorang bagi2 tajuk, then masing2 buat nota..nanti dah siap kepilkan sekali. Kan mudah :)
Walaupun tak faham atau lambat faham macam aku ni, tapi mereka tetap bersabar menerangkan dengan penuh berhemah ^_^
Terima kasih kawan sbb support each other.

Rase takut je nak jawab exam memandangkan persediaan baru 30%.
Bahasanya pulak tinggi, kadang2 aku cari kat google translate pon tak jumpa :'(
Hatta lecturer pon kadang confius, apa lagi aku kanzzzz

Subjek Penggunaan Sumber dan Pengajaran Bahasa Arab pon agak mencabar sebab terms ICT di Bahasa Arab kan O_o paham?
Buat2 paham jelah...naseblah aku tulis esei guna bahasa sendiri. Harap ustaz faham :)

Ni bukan merungut ke hape, jangan salah faham ye (ayat cover diri)
Aku nak lepaskan kerisauan di blog peribadi je walaupun tak membantu :p
Bila tengah makan ke, drive ke, berbual-bual ke...tetibe teringat exam kan, dada aku mesti berdebar dup dap dup....
Peluh menitik naseb tak masuk makanan yang dimasak.
Hidup tak keruan.
Berdebar menanti ibarat menunggu orang masuk meminang. 

Setiap kali exam aku cenggitu.
Darah gemuruh terlampau entah mewarisi sape la.
Ni ok lagi, time SPM dulu lagi. Kemain over siap takleh tido.
Pastu esok kepala blank takleh fikir.
Membazir mase dekat satu jam setengah baru boleh tulis karangan BM.
Mengada kan aku?

Slip exam sudah ada, menambah lagi debaran di dada

Mesti korang terdetik kan...
Dah tahu nevess tahap cipan time exam, baik ko gi belajar,  ni sebok update blog.
Iyolahhhhhh

Gigih ke kelas walaupun keseorangan demi menambahkan ilmu di dada. Ehem. Sunyi ku rasa. 
Kononlah nak belajar dalam keadaan yang tenang.
Usah tetipu dengan nota yang banyak. Setiap setengah jam pegi layan drama korea -,-"

Dan yang paling penting.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Kemain gigih aku bawak bekal dari bilik sebab tak nak balik jimat masa. Jimatttt sangat... (menanges sbb terkenang tengok drama korea) ko mampu siap bawak bakul bekalan bagai demi sesuap nasi?

Doakan aku ye. 
Moga Allah permudahkan masa aku menjawab nanti.
K bye, salam.

Saturday, November 8, 2014

Kenapa perlu jaga pemakanan seharian?

Assalamualaikum, hai ^_^

Dah makan?
Kalau dah, jom sebut Alhamdulillah :)
Kenyang perut, bergolek sambail angkat tangan....owh, nikmat! Burrpp.....

Kenapa Islam anjurkan kita untuk jaga kesihatan terutamanya PEMAKANAN?

Selain daripada sumber yang halal, kite kena pilih makanan yang berzat dan berkualiti untuk makanan seharian kita.
Tak semestinya kena mahal2 bagai...buat ikut kemampuan.

Selagi tak menyusahkan, kita teruskan gitewww ^_^
Pemakanan sangat penting sebab ia memberi kesan untuk jangka masa panjang.
Kalau kita tak mulakan daripada sekarang lagi2 yang muda ni....jangan menyesal tak sudah kalau umur dah meningkat nanti macam2 penyakit datang.

Kita hanya berusaha, segala-gala yang datang hanya Allah yang mengetahui.
Dia beri kita sakit pon bersebab, ada hikmah yang Allah dah rancang untuk kita.
So, tak salah untuk kita berikhtiar dan berhati-hati demi kemaslahatan diri kan? :)

Niatkan tujuan  makan makanan yang baik supaya mudah untuk kita beribadah.
Itu pun dah merangkumi kesemua aspek kehidupan yang kita nak capai.
Yang penting reda Allah ^_^

Saje nak kongsi supplement dan makanan sunnah yang aku amalkan :)
Pasni boleh la korang usha2 kat mana2 kedai kan sekali usha awek/mamat kedai mueehehehe
Harga pon boleh runding, ceh, macam aku je yang jual :p


Calon pertama : CUKA EPAL
Aku amek setiap pagi campurkan sekali dengan madu.
Rasa memang sedap, masam manis
Kalau engko mampu telan gitu je pon boleh, tapi pedihlah tekak 
Aku pernah cuba sekali, macam nak terputus tekak.
Seeloknya korang amek dengan air suam lagi baik.
Jangan macam aku ni, pemalas nak masak air ehhee....


Calon kedua : MINYAK ZAITUN
Jujurnya aku tak boleh makan minyak zaitun ni secara kosong tanpa apa2 ramuan tambahan.
Sebab aku rase cam telan minyak, nak termuntah.
Ooo, psiko barangkali :p
So, penyelesaiannya aku makan ni campur dengan pati delima, so raselah masam2 sikit,
Selain makan, kadang2 kalau aku rajen aku sapukan dekat muka.
Pada uoollss yang ade masalah kulit kepala pon boleh sapukan kat rambut serta kulit.


Calon ketiga : MADU
Pilihlah madu asli, kurang gula tambahan :)
Tipulah tak letak gulakan even madu organik pon akan letak sikit. Maybe stevia? eh papelah.
Orang tua2 kata kalau nak tahu madu asli ke tak, biarkan, pastu tengok semut datang ke tak.
Kalau datang tu namanya tak asli. Entahla.
Sepanjang aku bereksperimen, semut ziarah je walaupun tetulis NATURAL HONEY.
Hmmm...kalau korang nak yakin betul2 memang madu asli, aku sarankan ko turunkan sarang lebah pastu perah sendiri je senang.
Ha, barulah tanpa was2 ^_^ 
Pastu bangga jap sebab mampu buat kerja gitu.


Calon keempat : PATI DELIMA
Yang jenama gulsan ni lama dah kat pasaran.
Banyak lagi jenama kalau korang usha kat kedai.
Rata2 aku ke kedai dia jual RM15 same ngan cuka tadi, tapi tak tahulah kalau ko kena RM20 ke kan...macam mak aku. Hoihhh....sabar jelah
Selain makan macam tu, anda boleh buat air. Ala2 kordial gituuu. Hidangkanlah pada tetamu, mungkin berlaku keterujaan sebab jarang rumah menghidangkan jus delima :)
Mungkin terlihat kemewahan di situ walaupun tak seberapa. Ehem.


 Calon kelima : RADIGLOW
Supplement berbentuk pil flavor blackcurrant ni aku amek setiap pagi lepas bangun tido, 2 biji sehari.
So far aku pakai ok, walaupun muka jawa tapi masih mampu untuk bergaya seperti retis.
Selain untuk kulit, baik juga untuk kecergasan dalaman.
Bukan nak kata lebihla, tapi kulit muka aku kurang berminyak berbanding dulu dan kemerahan sikit.

Calon keenam : ESP dan GLA Shaklee
Pakai benda ni direcommendkan rumate aku.
ESP aku tak amek tiap harilah sebab kadang2 terlupa. Korang bleh search sendiri kot pasal benda ni.
Antara produk Shaklee yang hot.
GLA memang aku amek setiap hari. Ramuan dia sama macam Primerose Oil. Lebih kurang je.
Sangat bagus untuk dalaman wanita dan kecergasan.

Itu sajelah sharing aku pada korang.
Nampak macam banyakkan?
Sebenarnya tak pon, kena pandai susun jadual nak makan mana.

Aku takdelah amek sekaligus satu masa. Bahagikan....
Contoh pagi sebelum sarapan aku akan pastikan amek Radiglow, dah siap2 nak kuliah/kerja aku amek minuman cuka + madu.
Dalam pukul 10 pagi, kalau tak makan  aku amek ESP.
Tengahari makan macam biase, kadang2 aku tak balik duduk je kelas sampai petang. 
Balik dalam pukul 5 ptg aku amek minyak zaitun dan pati delima.
Malam sebelum tidur aku telan GLA.

Mudah je sebenarnya. Kena bijak merancang.
Kalau malas nak gerak, letak je tepi katil senang capai.
Buatlah secara istiqamah, insya Allah kesihatan yang baik untuk anda :)
See u!

Tuesday, August 5, 2014

Beware dengan STRANGERS

Assalamualaikum ^_^ Hai~~

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin...ehem
Saye nak mintak maaf pd family, sedara mara, semua sahabat2, readers (eh, ade ke? o_0) dll..
Halalkn makan minum, terkasar bahase ke, penulisan saye yg menyakitkan hati & macam ape2 je...
Moga kalian semua dalam rahmat Allah :) Aminnn...

Ok, now saye nak cerita pasal orang yang tak dikenali yang datang entah ceruk mane.
Ni pengalaman saye la...maybe korang semua pon ade kot.
Janganlah mudah2 kite percaya pada orang terutamanya dalam laman sosial ni.
Mungkin isu ni dah lama, tp tak salah kalau sy nak sharing pd awak semua ^_~

Yup, tak semestinya orang yang dah lama kite kenal tu baik, dan tak semestinya orang yang baru kite kenal tu jahat, betul tak?
But, just beware....dunia sekarang ni macam2 boleh terjadi.
Lagi2 girl...pantang lelaki ayat manis sikit, dah mula cair bagai -_-''

Bulan lepas, ade sorang boy ni tegur saye kat fb.
So, saye just tanyela...nak cari kawan ke? Kot2 kite kenal...maklumlah, IPG ni luas kan....
So, saye berbual macam biase...die kate ade nak cari kawan. IPG ni takdelah besar sgt, so maybe saye kenal....dalam 2 hari mcm tu chat
Nak kate layan sangat, taklah sbb saye pon sebuk dengan mengajar & esaimen kan. So kadang2 je online.

Lama2 saye dah rasa tak sedap hati sbb berbual dengan orang yang langsung kita tak pernah kenal dan jumpe. Lelaki ajnabi pulak tu o_0
Bile pikir balik, eh, bodohnye aku ni...takkan tak terpikir kot..benda dah jadi, so pengajaran utk saye lepas ni.

Hari kedua tu...saye kongsi cerita dengan kawan2 rapat saye dan mak ayah
Satu benda yg bagi saya bagus kot, saya ni jenis suka bercerita dengan sape saye berkawan...saya keluar...ape saye buat dll. Sbb saya suka kalau orang terdekat saye kenal kawan2 saye ;)

Alhamdulillah, Allah masih sayang saye...akhirnya, saye dapat tahu jugak sape die nih o_0
Rupe2nye, boy ni dah ramai dah budak IPG saye yang die tegur...dan sayelah salah sorang victim o_0
Konon nak cari kawanlah sangat...rupenye lepas sy tanye ape tujuan nak tegur die kate nak cari kawan yg boleh bantu die bab2 agama & jodoh. Katenye lah...

So, saye cakap balik..lebih baik jumpe ustaz, belajar...pergi kuliah ke...lagi berkat ilmu daripada nak tny saye yang belajar pon tak habes lagi pastu perempuan tak kenal pulak tu..tak manis pulak nak mesej2.
Then,  die macam bengang kot bile saye cakap macam tu.
Rase ke mane entah pergaulan mase tu o_0
ya Allah,  aku mintak maaf dengan kau...aku selalu lalai :'(

Lepas saye cerita kat kawan saye, die kate die kenal lelaki ni sbb pernah approach die...ramai lagi yang kena...
So, masa last time...saye sound die secara tak direct...die dah agak rasanye yang saye ni dah dapat detect serba sedikit pasal die. So, die takut kot...sebab ramai budak2 ni yang kenal die, die terus unfren sy dan kawan2 saye.

Baguslah, at least ade kesedaran dalam diri bukan semua orang boleh tipu guna cara yang same.
I'm not that type of girls yg mudah2 percaya orang dan kena tipu.
Saya percaya, kalau kite sentiasa yakin dengan Allah, hati kite bersih takde hasad dengki dgn org...Allah akan bantu kite walau ape pun cara ;)

Ni pengajaran pada saye, walaupun first time saye kena macam ni...saye sentiasa doa agar Allah lindungi saye dan keluarga daripada kejahatan manusia dan mahkluk. Aminnn....

Sahabat saye pulak Asmaa kena pukau rm4000 mase ramadhan lepas.
Kesian die, dahla muka innocent je...kena kat Lowyat pulak tu...
Jalan sorang sebab nak cepat mase tu, last2 kat luar kene tahan dengan Chinese mane cakap dapat hadiah price murah.
Die pon ikut je lepas kena tepuk. Allahurabbi....
Itu die, yang tak sedar..sy ni? :'(  Allahu...
Hmm..kalau nak cerita pasal die mmg panjang la.

So, pada girls kat luar...sentiasalah berhati-hati dengan orang2 yang tak dikenali ye.
Tak kesahlah baik tahap malaikat pon kalah..jangan sekali-kali mudah nak melayan.
Jaga maruah diri dan yang paling penting jaga maruah anda sebagai seorang MUSLIMAH <3 nbsp="" p="">
Moga dengan kejadian ni, saye insaf dan akan protect diri saye dan sahabat2 saye dengan izin Allah. Aminn...




Friday, April 26, 2013

Minggu BAHASA ARAB IPG KPI 2013

Assalamualaikum!!! ^_^

Salam CERIAAA~~~~~
Hope everything ok.... 
Tadi baru je selesai majlis penutupan rasmi Minggu Bahasa Arab. So, saye bersemangat nak buat entry :) walaupon tak menarik he3

By the way, banyak aktiviti yang dipertandingkan dalam minggu ni...so, rakan-rakan kuliah saye ramailah yang bersemangat nak join sekaki... 

(Eh, wajib untuk PISMP sem 1 & sem 3 yang kos Bahasa Arab okkkayy~~ :p)

Thanks pada semua jawatankuasa program, SANGAT BEST!!!
Next year, boleh buat lagi gempak yo! :D

Mase Selasa lepas ada majlis pelancaran mase perhimpunan, 
Macam biase, saye malu nak amek gambar sebab datang lambat awal, tu yang duduk paling belakang :p
Jadi, macam poyo pulak kan tetibe ke depan nak amek gambar semata-mata...ha3


Ini bestfriend saye :) Nor Solehah.. die dapat no.1 Bercerita BA


Ni nasyid kategori sekolah menengah


Kami masuk Kalam Jamaie... :)
 Kelas kitorang paling sengal ha3 Memang tak prepare langsung...nak masuk pertandingan petang, tengahari baru berlatih :p wakaka~~banyangkann....memang bidan terjun tol....btw, seronok dapat pengalaman...ramai  jugak orang komen sebab diorang kata sebelum ni kelas saye kalau ade pape event mesti buat betol2, tapi ni macam main2 :p sebesar-besar kertas A4 kitorang bawak ke depan :D hah!! nampak sangatlah kannnn.....Maklumlah...kitorang waktu ni tengah kalut nak hantar esaimen..ade yang tak siap gi (alasan okkayyyy :p) tu yang ala kadar je perform... so, jadikan pengajaran ye PISMP 1.06 :) kih3


Ni yang TERBAIKK!! Johan ye :) barulah betol...


Best gak, cerita pasal haiwan..ade burung, ayam,kucing..siap kostum lagi :)


Senior. Tajuk pasal Mari ke Pasar...tengok tu, siap gantung gambar buah lagi sorang satu :) nak kak...lai lai..


Budak lelaki kelas saye, diorang Johan Qasidah... :)
 BESTTT SANGATTTT!! Diorang bawak kelainan sikit dalam qasidah ni :) Wohhaa!! Ade sorang budak kelas saye ni  nama die Syed, die ni memang peminat tegar hindustan...So, memang kepala die la yang tukar muzik qasidah yang sebenar jadi muzik hindustan..Cayalah!! memang menjadi sangat... selawat Ya Hanana die guna muzik Mohabbatein yang Aishwarya Rai nyanyi ngan Shah Rukh Khan :) selawat Muhammadiyyah die guna muzik dalam filem Kuch kuch Hota Hai kot....saye lupa...tapi memang sangat best!! Saye siap rakam tau..boleh buat feeling2 dengar sebelum tido :p keh3~~~


Hadiah saye yang bercerita ke-3, Solehah yang bercerita Johan, Asma yang Johan baca berita :) WE ARE OSEM


Lepas majlis bergambar ngan naqibah kami Ustazah Muafah, Naqib takde :'( Hai Encik Saipo...



Saturday, August 28, 2010

~TriAL sPm~

Assalamualaikum......
Hampir sebulan gak dah tak bukak blog ni.


Skrang ni dalam zone exam......
Trial pun blum habis lagi,seminggu je..........


Aku just nak kongsi perasaan n pengalaman aq mase ngah exam 2 minggu lepas......
Kekadang kite ni sebagai manusia,cakap je lepas usaha+doa=tawakal.
Masalahnye skrang ni kite hanya pandai melafazkan kata2 tu,tp kite x pernah nak memahami dan mengamalkan lafaz yg slalu kite sebut baik bagi diri mahupun rakan2.


Keadaan ni sebenarnye berlaku pd diri aq sendiri...........
Yelah,nak examlah katekan....
So,aq stay uplah sampai pagi..........xdelah lame sangat cuma lebih skitlah dr mase tido sebenar....


Esoknye nak jawab preksa dah blank,pastu cam nak nangis je banyak muka surat kosong
Pulak tu paper Bio,memang mantap!
Sebelum masuk peksa tu,aq cakap kat diri sendiri,
"Balqish,kau dah usaha n doa,so,tawakal pada Allah........Allah membantu mu........"
Tulah kate2 yg slalu aq lafazkan setiap kali pereksa.


Tapi bile dah dlam peksa,bile diri ni tak tahu nak jwb soalan,mulalah nak menangis
Kadang2 bile pikir balik,aku ni cam tak menerima takdir Allah.......
Dah blaja banyak pon,tak paham2...
Naudzubillah!........
Knapelah aku jadi camni.
Ya Allah,ampunilah dosa2 ku Ya ALLAH
Maafkan diriku kerana berperasangka dgnMu...........
Maafkan diriku kerana aku sering alpa ya Allah............


Bile fikirkan balik,mungkin Allah tak bri rezeki tu pd kite skrang,
Mungkin nanti n akan datang?
Allah nak tgk macam mana usaha kite dahulu.........
Mungkin usaha aku blom cukup........so,aku kene bersungguh-sungguh.........
Memanglah orang kata"lek dulu.........baru trial.."
Tp bagi aku,trial adalah sangat penting n bermakna coz kalau ade rezeki aku nak apply Darul Quran...
Korang sume doakan ye...
Cita2 aku nak jadi Doktor Al-Hafizah,Amin.........~
Kalau takde rezeki aku nak jd pendakwah bebas,Amin.~


Kat bawah ni aku sediakan korang tentang konsep tawakal menurut Islam,
Maaflah,aku takde ilmu sangat pasal tawakal ni...
So,aku amik artikel ni dr blog kawan aku...........
Moga ia bermanfaat untuk korang...........Insya -Allah..........







Bertawakal dan Mematuhi Perintah Allah


Baca Petunjuk
Dua ciri penting iman ialah bertawakal kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya. Inilah yang membedakan orang beriman dengan orang yang tidak beriman.
Seorang kafir melihat dunia sebagai tempat yang kacau balau. Dia menganggap bahwa keberadaannya di dunia adalah suatu hal yang kebetulan dan menganggap bahwa kejadian yang terjadi di sekelilingnya juga suatu hal yang kebetulan. Sudut pandang semacam itu merusak mental manusia. Dia senantiasa merasa tidak aman dan tidak mempercayai siapapun. Tidak ada satu orangpun yang dapat mengurangi rasa takutnya pada masa depan. Dia menggunakan sebagian besar waktunya untuk membuat perencanaan. Ratusan bahkan ribuan hal yang dia anggap memberikan kebebasan justru mengecewakannya. Dia merasa lemah dan terus-menerus memelihara penyakit "mental" yang tidak dapat disembuhkan. Dia selalu khawatir bahwa suatu hari akan terjadi hal yang tidak diharapkan seperti kehilangan pekerjaan atau seseorang yang dia cintai. Dengan mempercayai bahwa bencana itu terjadi secara acak, dia merasa amat sangat ketakutan. Hal ini juga berarti menganut prinsip kebebasan sebagai tuhan; sebab dengan begitu dia tidak percaya bahwa segala sesuatunya sudah dikendalikan dan ditentukan sebelumnya oleh Allah. Hal seperti ini diterangkan dalam beberapa ayat: "Aku bertawakal kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kalian juga. Tiada sesuatupun makhluk bergerak, melainkan Dia renggutkan gombaknya Maksudnya: menguasai sepenuhnya. Sesungguhnya Tuhanku itu di atas jalan yang lurusMaksudnya: selalu berbuat adil Hud:56 dan "Dan kepunyaan Dialah semua makhluk yang ada di langit dan di bumi, semuanya taat dan patuh kepadaNya.Ar-Rum:26. Ayat-ayat tersebut hanya dapat dipahami oleh orang-orang yang berpengertian.
Seorang mukmin secara fundamental yakin atas kenyataan bahwa "Allah mengatur semua urusan."Ar-Ra'du:2. Dia sadar betul bahwa setiap kejadian sudah ditakdirkan sebelumnya. Itulah sebabnya dia tidak pernah menganggap suatu kejadian sebagai sesuatu yang sial walaupun tampaknya menyialkan. Hal itu karena dia yakin bahwa semua ciptaan Allah itu tidak ada yang percuma sehingga dia yakin bahwa kejadian apapun yang menimpa hidup seorang mukmin adalah ditujukan untuk kebaikan. Bahkan pada hal yang paling buruk sekalipun, seorang mukmin hendaknya bertekun dan bertawakal kepada Allah hingga Allah membaliknya menjadi suatu hal yang baik.
Dalam hidupnya yang sulit, seorang mukmin menemukan pertolongan dan kedamaian. Ketika membaca Al-Qur'an, kita menemukan bahwa para Rasul dan pengikutnya mengalami kejadian-kejadian yang tampaknya merugikan. Hampir setiap orang beriman difitnah, diancam, dianiaya, dihina, dan sebagiannya lagi dibunuh. Namun semua hal ini tidak mengecilkan hati mereka sekalipun datang badai besar dan angkatan perang terkuat, mereka tetap teguh dan kuat serta tidak pernah menyerah. Mereka mampu berbuat demikian karena sadar betul bahwa segala sesuatu diciptakan oleh Allah dan percaya bahwa semua itu akan membawa kebaikan. Orang beriman sadar betul bahwa Allah selalu menyediakan bimbingan kepada mereka dan tidak membebani melebihi kemampuan seseorang memikul. Di dalam Al-Qur'an, ratusan ayat memerintahkan manusia untuk bertawakal dan mematuhi Allah, salah satunya:
Katakanlah! Kami sekali-kali tidak akan ditimpa musibat, kecuali apa yang telah ditakdirkan Allah kepada kami; dan orang-orang yang beriman hendaklah bertawakal sepenuhnya kepada Allah itu.At-Taubah:51
Bertawakal itu sendiri memiliki arti "melakukan sesuatu sebaik-baiknya dan kemudian menyerahkan hasilnya kepada Allah. Tetapi konsep tawakal di dalam Al-Qur'an memberi arti lebih dari itu.
Dalam hal ini kita harus menghindari salah pengertian. Menyerahkan segala sesuatunya kepada Allah bukan berarti berhenti berbuat dalam urusan sehari-hari. Seorang mukmin terlibat dalam setiap tingkat permasalahan dan memikul semua tanggung jawab. Bertawakal kepada Allah terletak pada kesadaran bahwa segala sesuatunya berada dalam kendali Allah sambil tetap berbuat dengan sebaik-baiknya.
Doa para Nabi yang tertulis di dalam Al-Qur'an mengingatkan kita tentang pentingnya hal ini. Dalam surat An-Naml Nabi Sulaiman berkata: "...Wahai Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugrahkan kepadaku dan kepada orang tuaku, supaya aku dapat menyumbangkan karya yang Engkau restui serta masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang salih."(An-Naml:19). Doa ini secara tegas mengungkapkan bahwa Nabi Sulaiman sadar bahwa dia dapat melakukan tugasnya hanya ketika Allah berkehendak dan meminta-Nya untuk memberinya izin ketika dia berbuat.
Seorang mukmin sadar betul bahwa segala yang ada dan juga dirinya, berada di bawah kendali Allah. Akibatnya seorang mukmin menjadi luar biasa berani menantang dunia seorang diri dengan tenangnya dan percaya diri seolah-olah tidak ada bahaya menimpa. Sikap yang seorang mukmin tunjukkan pada saat mengalami kesulitan digambarkan dalam banyak kisah di dalam Al-Qur'an. Kisah Nabi Nuh adalah salah satunya.
Nabi Nuh bekata: "...Hai kaumku! jika kalian merasa keberatan aku tinggal bersama kalian, karena aku memberi peringatan kepada kalian tentang ayat-ayat Allah, maka kepada Allah sajalah aku mempercayakan diri. Sebab itu, bulatkanlah tekad kalian bersama sekutu-sekutu kalian untuk membinasakanku. Lagi pula jangan ada kesangsian dalam kebulatan tekad kalian itu. Lalu berdasarkan kebulatan itu bertindaklah kepadaku, tanpa memberi tangguh lagi. Jika kalian berpaling dari apa yang aku peringatkan, aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kalian, upahku hanya dari Allah semata. Dan aku diperintahkan agar menjadi seorang muslim.(Yunus:71-72).
Nabi Syu'aib pun memberi sikap yang sama kepada umatnya:
Kata Syu'aib: "Hai kaumku! Bagaimana pendapatmu sekiranya aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku, dan aku diberi-Nya rezeki yang baik? Aku tidak bermaksud sama sekali dengan sikap pertentanganku ini untuk melakukan apa yang sudah aku cegah kamu melakukannya. Yang aku maksud hanyalah demi perbaikan ekonomi sedapat mungkin. Berhasil atau tidaknya usaha Taufik: keberhasilan, keberuntungan, suksesyang aku perjuangkan ini tergantung kepada Allah. Kepada-Nyalah aku bertawakal dan kepada-Nya pulalah aku kembali dalam segala hal.Hud:88
Di dalam banyak ayat Al-Qur'an, ketawakalan seorang mukmin kepada Allah dan ketekunannya juga ditekankan:
Jika mereka berpaling dari keimanan, katakanlah: "Cukuplah pertolongan Allah bagiku!". Tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nyalah aku mempercayakan diri. Dan Dia, adalah Tuhan yang menguasai 'Arsy Arsy, ialah semacam markas besar dari mana urusan perantariksaan dan alam semesta diatur.singgasana yang agung.At-Taubah:129
Adapun orang-orang yang beriman itu, ialah mereka yang apabila disebut nama Allah, terasa kecut hatinya dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayatNya, bertambah kuat imannya; dan mereka bertawakal kepada Tuhannya.Al-Anfal:2
KepunyaanNyalah segala rahasia langit dan bumi. Dan kepadaNyalah dikembalikan segala perkara. Oleh karena itu pujalah dia dan bertawakallah kepadaNya. Tuhanmu tidak akan alpa terhadap apa yang kamu kerjakan.Hud:123
Kami telah mengutusmu menjadi Rasul kepada suatu bangsa, dimana telah berlalu beberapa bangsa sebelumnya, yang mereka telah sama-sama diberi kitab, supaya kamu membacakan Al-Qur'an yang Kami wahyukan kepadamu ini kepada mereka, pada siapa kamu diutus, namun mereka masih tetap saja kafir kepada Tuhan yang Maha Penyayang. Katakanlah: "Dialah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya sajalah aku mempercayakan diri, dan hanya kepadaNya sajalah aku bertaubat".Ar-Ra'du:30
Rasul-rasul sama mengatakan kepada mereka: "Kami, hanyalah manusia biasa seperti kalian, namun Allah memberikan kurnia kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hambaNya. Karena itu bukanlah wewenang kami untuk menampilkan dalil-dalil yang nyata kepada kalian, kecuali dengan izin Allah. Namun kepada Allah jualah orang mukmin mempercayakan diri". Tidak ada alasan apa-apa bagi kami untuk tidak mempercayakan diri kepada Allah, padahal Dia telah menunjukkan jalan kami kepada yang benar. Dan tentu saja kami akan tetap bersikap sabar dalam menghadapi gangguan kalian. Dan hanya kepada Allah sajalah orang-orang yang tawakal mempercayakan dirinya".Ibrahim:11-12
Katakanlah: "Dialah Allah yang Maha Pengasih. Kami beriman kepadaNya, serta kepadaNya pulalah kami mempercayakan diri. Tentu kelak kamu akan mengetahui siapakah "orangnya" yang berada dalam kesesatan yang nyata". Al-Mulk:29
Seseorang yang bertawakal kepada Allah hendaknya sadar akan kenyataan bahwa tidak ada seorangpun yang pantas ditawakali selain Allah. Tidak akan ada satu kesulitanpun yang menimpa seorang mukmin selama dia berdoa dan bertawakal kepada Allah. Dengan izin Allah kejadian akan berproses dan berakhir dengan kebaikan bagi orang beriman sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Qur'an:
Dan bertawakallah kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai Pelindung.Al-Ahzab:3
Di dalam ayat lain diceritakan sebagai berikut:
...Barang siapa yang bertawakal kepada Allah tentu diadakanNya jalan keluar baginya, dan memberinya rizki dari pintu yang tidak diduga-duga olehnya. Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Tuhan akan mencukupkan kebutuhanNya. Bahkan sesungguhNya Allah pelaksana semua peraturanNya. Dan Allah juga telah menjadikan segala-galanya serba berukuran.At-Talaq:2-3
Tidak ada seorangpun yang dapat memberi mudarat atau membunuh orang beriman kecuali Allah berkehendak. Karenanya tidak berguna takut kepada makhluk. Al-Qur'an berulang-kali mengingatkan orang beriman tentang kenyataan ini:
Bahwasanya perundingan rahasia yang mengenai dosa dan permusuhan, adalah bisikan berbisa dari setan, untuk mendukacitakan orang-orang mukmin. Namun bisikan berbisa itu tidak akan membahayakan mereka sedikitpun, kecuali dengan izin Allah jua. Dan seyogyanya kepada Allah-lah orang-orang mukmin bertawakkal.Al-Mujadilah:10
Janganlah engkau ikuti orang-orang yang kafir dan orang-orang munafik, jangan engkau hiraukan gangguan mereka, dan bertawakallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pelindung.Al-Ahzab:48
Jika engkau tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Pasti mereka menjawah: "Allah!" Katakanlah: "Kalau demikian, tahukah kalian bagaimana halnya dengan pujaan-pujaanmu selain dari Allah itu, seandainya Allah hendak mencelakakan aku, apakah mereka sanggup melenyapkan bencana itu? Atau Allah hendak menganugrahkan rahmat kepadaku, apakah mereka dapat mencegahnya?" Katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku! Kepada Dialah orang yang bertawakal menyandarkan harapan dirinya!".Az-Zumar:38
Seseorang yang bertawakal dan tunduk kepada Allah serta mengambil Allah menjadi pelindung, akan diselamatkan dari godaan setan: "Sebenarnya setan itu tidak dapat menguasai orang-orang yang benar-benar beriman, dan mempercayakan dirinya kepada Tuhannya.An-Nahl:99. Ayat-ayat lain menjelaskan:
Maka sesuatu apapun yang diberikan Tuhanmu itu kepadamu itu, hanyalah sedikit kesenangan hidup saja di dunia ini. Namun apa yang ada di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih kekal bagi mereka yang beriman mempercayakan diri kepada Tuhannya.Ash-Syura:36
Maha Esa Allah, tidak ada Tuhan selain Dia. karena itu, seyogyanya orang-orang mukmin bertawakkal kepada Allah saja.At-Taghabun:13
Bertawakallah kepada Allah Yang Hidup, yang tidak mati dan muliakanlah dengan memujiNya. Dan Tuhan cukup mengetahui dosa-dosa hambaNya.Al-Furqan:58
 *Benda ni same je macam kite slalu kate "Don't judge the book by it's cover".
 Kite pandai cakap,tp bile kita pandang seseorang melalui mata kepala,
Bukannya mata hati,kite trus cakap orang tu gitu gini...........
Jgn macam tu........mane tahu die lebih mulia dr kite?
Kite pon tak tahu iman sape lg kuat
But,kekadang jgn letak 100%,biasalah,dunia skrang ni macam2 ade........
Kalau tak de skit prasangka,nanti kang makan diri balik.
Ni just pendapat aku jer..........
Khas buat diri yang slalu alpa ini............(^_^)

Friday, June 18, 2010

Adui...asyik terlajak je!

Assalamualaikum...


Wahaha.....ni nak citer pasal pengalaman puasa 1 rejab lepas.Haha..kelakarnye...(tak citer lagi,gembira sendiri)
Sebenarnye,mak abah tak ade kat rumah.Diorang semua balik kampung.Jadi,aku tinggal sesoranglah kat rumah ni.........5 hari tau!Satu penyeksaan,sebab tv takleh bukak pastu laptop hantar servis,radio jelah aku dgr.Alhamdulillah adelah jugak..........


    Aku cadang nak puasa,so kenelah bangun awal lah katekan untuk siapkan sahur.Ceh,nasi goreng jelah.....
Lepas tu aku teruskan aktiviti aku seperti biasa kat rumah.Samnpailah tengahari tu,aku tengah kemas rak buku,tetiba teringat ade waffer coklat .Teruslah bukak mulut.Nak jadikan citer,gigitan pertama.........Astagfirullah!!! Aku lupe yang aku ni puasa,Hadui..........kumur2lah aku kat singki.Tulah,suapan tanpa Bismillah,semuanya lupe!!!!!!!


Pastu mase buat puding untuk berbuka....Emmmmmmm sedap bau koktail ni...........aku pun gi amik sudu pastu ngAAAppp!!!!!!aku tertelan!!!!!!!!!Ya Allah,sungguh banyak ujian Mu untukku pada hari ini.Lepas kumur2,Ya Allah maafkan aku...aku tidak sengaja untuk melakukan perbuatan itu.Semoga kau terima ibadahku pada hari ini.....


   Lepas tu mase goreng ikan pun aku nak terlajak jugak.Hei...apelah aku ni.Banyak btul godaan.Aku ni pelupa btullah!Muda2 dah pelupa dah tua nak jadi apa?????????Maafkan aku Ya Allah.Sementara nak tunggu azan,aku baca Ma'thurat dulu......Semoga Allah terima amalanku ini.


Nota Kaki:
1)Mulakan setiap perbuatan kite dengan Bismillah...
2)Sentiasa mengingati Allah dalam kehidupan seharian
3)Semoga kite sama2 dapat tingkatkan amal ibadah kita dalam bulan Rejab yang penuh Keberkatan ini.
4)Doakan kebahagiaan  sayav dan keluarga.=D

Saturday, May 22, 2010

Luahan rasa hatiku...

Assalamualaikum...
Maaflah.dah lame tak update blog ni coz sibuk ngan urusan dunia yang takkan pernah selesai.Tapi bile muhasabah,yang pasti itu tetap menjemput iaitu KEMATIAN.

Sesibuk mana kita,jangan lupe untuk mengingati Allah, baca al-quran walaupun sebaris ayat dan yang paling penting ialah SOLAT.Teringat kata-kata daripada seorang ustaz semasa menuntut di SMAKJ,"Niatkan amal kebaikan yang kite lakukan semata-mata kerana Allah.Insya-Allah,ada hikmah dan ganjaran yang menunggu kita dari Allah".

Balik cuti 3 hari ni asyik moody jerk.Tak tahulah kenapa.Mungkin diri ni semakin jauh dari Allah.Sibuk dengan mid year exam,sampai lupe nak buat yang sunat.Semoga Allah meluruskan hati ini ke jalan Keredaan-Nya.

Minggu lepas atas kerjasama Exco BADAR dan Exco Disiplin telah menjalankan aktiviti kerohanian 'Malam Zikrulmaut'.Wah,baca tajuk pun dah menggerunkan.Dalam slot ni,ade tayangan berkisarkan detik-detik kematian dan peringatan.Bayak pengajaran yang boleh dieroleh melalui tayangan ni.Tazkirah disampaikan oleh sahabatku Aimi Asrina Bt Noh.Semoga adik-adik dan rakan-rakan yang hadir mendapat hidayah dan rahmat Allah.

Keesokkan hari plak,pelajar form 3 dan form 5 ade program motivasi yang dianjurkan oleh pegawai dari Bank Islam.Penceramah yang akuingat nama die ni ialah Muhamad Faiz Bin Abdullah.Pengurus Bank Islam cawangan Melaka.kalau x silaplah atau itu tempat asal die.Maaflah,aku ni pelupa skit.hehehe...
Ayat yang paling aku ingat ustaz cakap ialah "Kite mesti bersyukur kerana ibu bapa kite telah menghantar kite ke sekolah agama".Betul cakap ustaz,dari tadika hingga sekolah menengah aku belajar kat skolah agama.Terima kasih mak abah...
Tapi bukan nak kata sekolah harian tak bagus,bahkan aku respect sesiapa yang dari sekolah harian biasa melebihi pelajar yang bersekolah agama.Abang dan kakak senior selalu pesan kat kami bahawa dugaan pelajar sekolah agama berada diluar sangatlah HEBAT.Mengapa aku kata begitu?
Kerana kebanyakan pelajar yang sekolah agama ni.bile dah keluar dari 'bumbung' sekolah agama,diorang kena kejutan budaya.Cepat terpengaruh oleh persekitaran.

Mungkin ada logik kalau aku fikir begini,mungkin ilmu yang dipelajari tidak diamalkan atau soal keberkatan ilmu dari Allah dan guru-guru?Sesiapa ade pendapat,boleh comment ok.

Semoga Allah melindungi dan memelhara diri ini dariada kemaksiatan dan tipu daya iblis LAKNATULLAH.
Sesungguhnya aku hanya hambayang lemah,yang hanya mengharapkan pertolongan dan perlindungan daripada  Allah.Minta maaf jika ada kata-kata yang mengguris perasaan mana-mana pihak...
Salam jihad fisabilillah........
Wallahualam.............

Sunday, May 2, 2010

Selamat Hari Lahir Mak....

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah,akhirnya sampai gak kat rumah.Baru balik dari Angsana beli buku kat Badan Book Store.Ingat nak pegi pesta buku kat sana,tp semuanye buku-buku lelong macam RM 10 untuk 5 buku.So,naik balik ke Badan.Ha!baru ingat.5 Mei ni birthday mak.Jadi, belikan mak buku Hadiah Buat Muslimah Tentang Fiqh Wanita tulisan Ustazah Siti Norbahyah.Harap mak gembira menerimanye...
Untuk aku punye nanti dululah.Minggu lepas baru beli buku Denyut Kasih Medik tulisan Dr. Farhan Hadi. Tu pun x habis lagi.Lepas SPM nanti,aku nak melantak dengan buku-buku yang aku dah cadang nak beli.Harap ade stok lagi sebab duit x cukup.So,kene kumpul sendiri...

Jasa dan pengorbanan seorang ibu tidak boleh ditukar ganti dengan wang.Jadi,sebagai searang anak yang soleh dan solehah,kite perlu mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kite agar mereka dilindungi dengan rahmat Allah dan dipermudahkan urusan mereka di dunia dan di akhirat.Sesungguhnya,keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa kite.Sungguh besar darjat seorang ibu dan bapa ini!Mak Abah,maafkan akak selama akak hidup di dunia ini.Doakan kesejahteraan dan kejayaan akak di dunia dan di ak.hrat.

Buat pembaca blog,saya titipkan sebuah cerita yang pasti menyentuh kalbu anda.Ayuh ikuti dengan penuh penghayatan agar kite semua mendapat inayah Allah...

Untukmu Ibu
'Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.



Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “Ada” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengkan kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.



Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

SAYANG MAK DAN ABAH

Nota kaki MUJAHIDAH
1)Berilah ibu bapa kasih sayang sebagaimana mereka menjaga dan mendidik kita semasa kecil.
2)Tidakmembantah suruhan ibu bapa selagimana mereka tidak menyuruh kita melakukan perkara yang bertentangan syarak.
3)Jika ingin menegurkesilapan mereka,tegurlah dengan cara yang lemah-lembut dan penuh sopan -santun.
4)Sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapa.

Salam ziarah dari saya...