Saturday, April 10, 2010

Ada apa dengan cinta?

Rakan 1 : Apa pendapat kau, pojan, apabila kawan 5 tahun sanggup putus kawan demi gadis yang dikenalinya hanya selama 5 bulan?







Rakan 2 : Patut ke pojan, untuk aku menyimpan, memendam dan menyeksa (cewah..) perasaan sendiri semata-mata untuk kebaikan kedua-dua belah pihak?






Rakan 3 : Ala pojan, tak salah kan kalau gambar awek aku tengah pakai tudung, aku jadikan screen saver handset? Bukannya aku tengok aurat dia pun kan?






Rakan 4 : Kalau aku couple sorang-dua dulu boleh kan, pojan? Ala, nak buat pengalaman. Baru le boleh kenal macam mana perempuan yang ikhlas. Haha..


Saya : (Aik,boleh lak ko gelak?)






* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *






Junior 1 : Bang, salah ke kalau couple-couple nih? Nabi tak pernah larang pun..


Saya : (Memandai ko je..)






Junior 2 : Abang rasa perempuan mana lagi bagus, yang cantik dan baik hati, atau pun yang berado dan baik hati?






Junior 3 : Saya simpan gambar awek saya takpe kan bang? Kami kan belum baligh, belum ada nafsu. Heheh..






* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Haha.. Kadangkala saya sendiri ketawa sendirian, apabila rakan-rakan di sekolah seolah-olah menjadikan saya sebagai tempat rujukan bagi sebuah persoalan yang seperti tidak pernah menemui jawapan selengkapnya. Ya, persoalan tentang cinta.










Ya, cinta. Mengapa, tidak percaya? Mengapa mungkin kalian tidak percaya? Bukankah cinta itu perkara universal, yang dibincangkan oleh sesiapa saja, biar pakcik-pakcik pelanggan tetap warung-warung kopi, hinggakan tokoh-tokoh korporat yang kononnya tidak mampu disibukkan oleh cinta, hatta para remaja seperti kami sendiri? Bahkan sejak kecil lagi anak-anak sudah didedahkan dengan cinta. Buktinya? Alah, sedangkan rancangan-rancangan seperti Tom & Jerry dan Mickey Mouse sendiri memberikan indikator, betapa segala hidupan di bumi Tuhan ini diciptakan dengan pasangan yang saling melengkapi.










Dan bagi saya juga, saya bukanlah orang yang paling layak untuk membicarakan perkataan yang begitu kontroversi ini. Bahkan, boleh saja saya katakan bahawa jika ada yang ingin meletakkan nama saya dalam senarai 'mereka yang tak reti bercinta', probability untuknya berlaku sangat besar. Siapalah saya untuk berbicara tentang cinta? 17 tahun kehidupan saya dipenuhi dengan suasana penuh kelelakian (cewah..): dibesarkan dalam keluarga dengan 7 adik-beradik lelaki tanpa seorang puteri pun, kemudian melangkah menimba pengalaman di sekolah lelaki. Hatta kebanyakan adik-beradik saya turut bersekolah di sekolah lelaki, SAMTAJ, SAS, SDAR, dan MCKK. Tidak terlupa juga kesemua cucu bapa saya (anak saudara saya) juga berkromosom XY.






Namun, despite being someone who is actually extremely unreliable when it comes to 'cinta', tetap saja menjadi tanggungjawab saya apabila rakan-rakan meminta pandangan dari sudut agama tentang cinta.






Bukanlah saya seorang pakar atau yang sewaktu dengannya, namun atas dasar menimba sebanyak ilmu yang ada, kemudian turut berkongsi bersama yang lain, saya usahakan mencari jawapannya.






Mudahnya begini, anda sendiri perlu menjalankan rujukan. Apa? Malas? Aik, anda sendiri yang kata anda ingin mengenal cinta, bukan? Maka semestinya pengorbanan perlu dilakukan. Telah menjadi hakikat bahawa 'cinta' dan 'pengorbanan' itu tidak boleh dipisahkan, persis 'irama dan lagu', 'ombak dan pantai', atau apa sahaja yang sewaktu dengannya.






Jadikanlah tabiat berkorban demi sesuatu yang disukai, termasuklah demi cinta. Jika benar anda gemar akan cinta, walau cinta kepada apa sekalipun, maka berkorbanlah. Bagi saya, membaca buku-buku seperti 'Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul'(karya Fatimah Syarha Noordin) dan 'Cuba Try Cinta' (karya Abban Lo'Baw, terbitan HR Publishing) termasuklah satu bentuk pengorbanan, kerana saya sendiri sebenarnya tidak begitu gemar membaca pada asalnya. Malah, terdapat beratus-ratus lagi buku seumpama yang ada di pasaran.


No comments:

Post a Comment