Ibnu Qayyim berkata :
"Kebanyakkan manusia bahkan hampir keseluruhan mereka melainkan yang dipelihara Allah, secara tidak sedar , bersangka yang bukan-bukan terhadap Allah.
Mereka menyangka yang mereka terhalang dari kebenaran,tidak bernasib baik, merasakan lebih layak untuk mendapat sesuatu lebih dari apa yang telah dikurniakan Allah. Tindak tanduk mereka mengatakan bahawa mereka dizalimi oleh Allah,dinafikan dari mendapat sepatutnya, dirinya mengakui keadaan itu walaupun lidah menafikan atau tidak melafazkan secara terang.
Jika seseorang itu kaji dalam dirinya dan menyelongkar yang tersembunyi di minda dan niatnya maka pasti ia akan sedar perkara itu seperti percikan api yang tersembunyi di dalam batu. Maka cubalah diketuk dengan penggeseknya nescaya akan terkeluarlah percikan api itu . Jika betul dikoreksi diri dan periksa dengan mendalam maka akan kelihatanlah ia sebenarnya memprotes ketentuan Allah, mengkritik bahkan punya pendapat sebaliknya dari apa yang tidak patut terhadap Allah dengan mengatakan : “sepatutnya begini bukan begitu”.
Bersangka baik dengan Allah akan melahirkan sifat-sifat seperti berikut :
1. Patuh pada perintah Allah dan rasulnya.
Kerana dengan bersangka baik itu boleh memberi kekuatan untuk mentaati segala suruhan dan menjauhi segala larangan. Jika tidak ia bukan dikatakan bersangka baik akan tetapi ia hanya berangan-angan untuk mendapatkan sesuatu tanpa berusaha.
2. Betul tawakal dan percaya kepada ketentuannya.
Ibnu Qayyim berkata : Sebanyak mana sangkaan baik kamu pada Tuhanmu dan harapanmu padanya sejauh itulah tawakal kamu kepadanya.
3. Timbul rasa takut kepada Allah s.w.t
Berkata Abu Sulaiman Ad Darany :Barangsiapa yang bersangka baik akan tetapi tidak berasa takut maka ia adalah orang yan tertipu
4. Bersegera mencari keampunan bila melakukan dosa
Kita tidak terlepas dari melakukan dosa dan kesilapan. Maka tiada tempat untuk dituju, tiada siapa lagi untuk mengampun, tiada helah untuk menyembunyi diri melainkan kembali padanya dan mengakui kesilapan.
syabas bal. i'm so proud of u. moga2 doa ustaz hakim dimakbulkan. amin.
ReplyDelete