Friday, April 16, 2010

Perlukah ikhtilat?

Hidup kita ini, tak lari daripada berkomunikasi dengan orang lain. Sama ada melibatkan sejantina atau berlainan jantina. Kadangkala ada sahaja urusan yang perlu disempurnakan.
Kita pernah menghadiri ‘meeting’ untuk menyempurnakan sesuatu gerak kerja. Tidak kira gerak kerja itu melibatkan apa perkara sekalipun, sebelum sesuatu kata putus diambil, ‘meeting’ akan diadakan.
Adatnya kita akan membuka majlis supaya diberkati dan ‘meeting’ yang kita lakukan bukanlah satu perkara yang sia-sia bahkan diredhai. InsyaAllah. Namun, tanpa kita sedari kadang-kala kita ‘tersasar’ dalam tingkah laku yang menyebabkan pertemuan yang diharap membuahkan keredhaan telah menempah kemurkaan Tuhan.
Ikhtilat.
Itulah yang ana nak kita sama fikirkan disini.
Ramai mungkin berfikiran…” tolonglah jangan syadid sangat, bukannya buat apa2, bincang je..”
Benar, kita hanya berbincang tetapi biarlah perbincangan yang kita lakukan itu dengan syariat. Pandangan, tutur kata, perlakuan harus dijaga. Pokoknya, segala tindak tanduk kita harus sentiasa disusuli dengan soalan, ” Allah redha tak dengan perlakuanku sekarang? “.

No comments:

Post a Comment