Thursday, March 1, 2012

Berbaik sangkalah ;)

Bismillahirahmanirahim~

Dalam kehidupan ini kita akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Setiap individu membawa pelbagai perwatakan. Kadang-kadang kita keliru dalam membuat penilaian. Keliru dalam menentu watak baik dan buruk. Ini disebabkan pada diri seseorang itu boleh terkumpul kedua unsur tersebut; unsur baik dan unsur buruk.

Jika kita melihat kepada seseorang insan pada unsur baik semata, tentu kita akan menilainya sebagai insan yang baik. Jika kita pula melihat di sudut yang buruk semata, maka pasti kita akan menilai sebagai insan yang buruk. Namun, jika kita melihat kedua unsur itu secara seimbang dan adil, pasti kita akan dapat membuat kesimpulan yang betul.

“Wahai orang-orang yang beriman! JAUHILAH kebanyakan dari SANGKAAN (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah DOSA; dan JANGANLAH kamu MENGINTIP atau mencari-cari KESALAHAN dan KEAIBAN orang; dan janganlah setengah kamu MENGUMPAT setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan BERTAQWALAH kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
(Surah Al-Hujurat : 12)

Andai saya tersilap, terleka, terlalai, menyimpang ke arah keburukan, terkapai-kapai dalam mencari kebenaran dan kebaikan, sy harap antum yang mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman hdp dapat menegur kesilapan sy serta mendidik saya ke arah keredaan dan keberkatan Allah~ sy manusia yg lemah punya banyak kelemahan dan kekurangan...perlukan sokongan dan pembimbing seperti antum. Smoga Allah sentiasa mmberkati kite semua ^_~

No comments:

Post a Comment