Thursday, April 7, 2011

Abah dan Pengorbanan ^_^

~Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum...
Alhamdulillah....syukur pada Allah yang banyak beri rezeki untuk makhluk ciptaanNya.Semoga kita sama-sama bersyukur tehadapNya ^_^

Selepas lebih 2 minggu dapat result ni,macam-macam nak mohon.Sibuk login borang ni,borang tu...entahlaa..aku mohon je mana-mana yang layak,jika ada rezeki,Insya Allah..Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui...kita hanya berusaha dan merancang,Allah yang berhak menentukan :)




Aku sangat terharu dan tak mampu nak ungkapkan perasaan sayang pada seorang insan yang bergelar ABAH.Begitu banyak pengorbanan yang abah lakukan demi memastikan kami adik-beradik mendapat pendidikan dan duduk dalam suasana yang selesa,baik dan selamat.Aku amat bersyukur kerana mempunyai ayah yang mengambil berat tentang keadaan anak-anaknya.

Bersyukur rasanya punya sebuah keluarga yang memahami dan ada fikrah agama.Apapun,keluarga kami sentiasa diuji dengan ujian Allah.Kata mak,kita sentiasa mengingati Alah,berdoa selalu dan jangan berputus asa kerana tida kuasa lain yang dapat menandingi kuasa Allah yang Maha Hebat.

Abah lakukan segala-galanya yang terbaik untuk anak-anak.Suata hari,abah tunjukkan satu fail yang sangatlah tebal dan berat pada aku.So,bila aku buka,korang tahu ape yang aku lihat??

Segala keratan tentang universiti,kolej dan mana-mana pusat pengajian yang ada dalam surat khabar semuanya abah potong dan tampal untuk jadikan sebgai rujukan.Kata abah,usaha yang die buat ni,dari abang aku darjah satu lagi..tahun 1996.Uisshhh...lamenya!!!

Jadi,bila kitaorang semua dah besar,baru abah bertindak dengan usahanya tadi.Barulah aku tahu yang abah seorang yang peka dan jenis yang mengkaji semula apa yang didengar dan jumpa.

Kata abah,dapat tak dapat itu semua rezeki daripada Allah.Yang penting kita usaha.Jika ada rezeki,baru kita buat pilihan..jika belum lagi,kita usha dancari alternatif lain.Kejayaan dan kegagalan milik Allah.Dia Maha Kuasa dan Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita



Mungkin sesuatu yang kita suka itulah buruk pada kita dan mungkin sesuatu yang kita tak suka itulah yang baik untuk kita.So,sabar,doa dan reda kepada Allah.

No comments:

Post a Comment