Thursday, April 7, 2011

Binalah Jaringan Kawan Yang Beragama

~Bismillahirrahmaniirahim~

Assalamualaikum.... ^_^

Tak lama lagi,pelajar-pelajar lepaasan SPM akan dipanggil kemana-mana universiti/matrik/anywhere...

So,kat sini aku nak kongsi ngan korang semua dengan sikit ilmu yang aku dapat daripada hamba Allah ni...heheheh :)

Aku pernah bertanya pada seorang muslimah yang berpangkat kakak
"Kak,dulu masa akak mula-mula masuk matrik/universiti,macam mana akakk bawa diri dan bagaimana akak cari kawan yang dapat bantu akak kalau ditimpa masalah?macam tempat berkonsi ke,sebab maybe akak tak kenal sangat rakan-rakan buat mase tu..."

Kakak tu jawab
"Adik,kehidupan kat universiti dah tak sama macam kat sekolah dulu.Kat sini kita kene pandai jaga diri,aktiviti kita dan dengan siapa kita berkawan.Dulu kat sekolah kita masih dihidang dengan macam2 aktiviti,tapi kat uni ni kene pandai bahagikan masa.Takde siapa yang boleh bantu kita melainkan diri kita.Orang hanya dapat bagi nasihat dan panduan sahaja.Selebihnya diri ni sendiri.Kalau diri tak pandai diuruskan,mungkin kita akan tergolong dalam golongan yang tersesat dan bersosial yang tidak menepati syarat."

Yang paling penting sekali adalah KAWAN.Maybe ramai yang kurang sedar bahawa pergaulan yang rosak dan komunikasi yang negatif adalah asbab yang menyumbang kepada penyimpangan hidup.Faktor ni tentu akan jadi parah bilamana menimpa kehidupan orang yang bodoh,lemah akidahnya dan terumbang-ambing akal budinya.

Keroskan boleh terjadi dalam pergaulan apabila seseorang itu mula bercampur,bergelumang dan cepat terpengaruh dengan rakan-rakan yang keras hati,degil,nakal dan jahat.Komunikasi buruk dengan kelompok rakan-rakan 'parasit' akan jadi kebiasaan dan tabiat dalam hidup.

Jdadi,syariat islam sangat menitikberatkan dengan SIAPA kita berkawan dan teman yang melinkungi kita.Tk kira tema seperjuangan,sekerja atau apa-apa.

Pengaruh kawan amat kuat sekali dalam pembentukan agama,akhlak dan sahsiah seseorang.Nabi SAW bersabda: "Seorang itu adalah menurut agama temannya.Maka perhatikan sipakah teman kamu" (Riwayat at-Tirmizi)

Macam siapa yang kawan ngan tauke minyak wangi,dia akan terkena haruman itu jua.. :)

Kawan-kawan yang baik dan soleh hendaklah dicari,mana-mana teman yang fasik dan jahat hendaklah dijauhi.

Jadi,sebolehnya kita digalakkan mencari teman(sahabat) yang sejantina yang soleh/solehah agar dia sentiasa memimpin kita kearah kebenaran dan keredaan Allah.Jika ada kesempatan masa,digalakkan supaya join mana-mana kumpulan 'usrah' yang ada.Usrah berperanan untuk kita berkongsi ilmu,masalah,pengalaman,pendapat,kegembiraan,kesedihan dan macam-macam lagi.

Nota kaki:
*Selamat beramal
*teruskan perjuangan mencapai reda Allah :)

No comments:

Post a Comment