Wednesday, January 18, 2012

Istikharah Cinta ~



Assalamualaikum....
Alhamdulillah, setiap hari pasti ada benda baru yg terjadi dalam hidup kita ;)
Jadi, pasti banyak yg kita dapat dari segi baik atau buruk sesuatu perkara...
Mana yang kurang, kita perbaiki...mana yang baik, kita mantapkan lagi.Insya Allah...

Apa yang penting, kita hidup dia atas muka bumi Allah ini adalah untuk mendapat keredaanNya ^_~
Kita manusia yang lemah, dhaif serta jahil... sentiasa banyakkan berdoa kepada Allah sebab Allah Maha Mengetahui semua yang ghaib dan tersembunyi ;)
Berusahalah untuk persembahkan ibadah yang terbaik diahadapan Allah... ya, sungguh mudah untuk melafazkan kata-kata, realitinya sukar untuk dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, kita mesti brusaha ;) jangan putus asa!
Sentiasa mohon yang terbaik daripada Allah dan mohon keberkatan daripadaNya...
Ya, saya pun sendiri terfikir, kita ni banyak meminta tapi kurang memberi...
Betul tak apa yang saya cakap ni?

Kita banyak meminta itu ini daripada Allah, tapi kurang juga kita persembahkan ibadah kita keepadaNya.
Allah~



Dalam usia yang begini, mungkin ramai dalam kalangan rakan-rakan diluar sana yang sudah berfikir tentang JODOH..
Ya, mungkin di antara kalian masih tertanya-tanya dan berfikir masih awal lagi untuk memikirkannya dan panjang lagi perjalanan hidup ni...

Sudah tentu saya berfikir sedemikian juga, seperti yang saya nyatakan di awal tadi, kita manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh ;)
Jodoh dan ajal di tangan Allah... kita tiada hak menentukannya..
Apa yang terbaik bagi Allah, adalah terbaik untuk diri kita

Mohonlah dan usahalah pilihan yang terbaik untuk kita daripada Allah
Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang tersirat dalam hati kita
Dia tahu apa yang terbaik untuk kita di dunia dan akhirat

Alhamdulillah, saya juga berusha ke arah itu
Bukan niat di hati untuk menunujuk-nunjuk, tapi sekadar berkongsi apa yang ada pada saya...
Bagi seorang Muslimah yang ingin meneruskan jalan dakwah, soal jodoh adalah sangat penting dalam menentukan kehidupan dan jalan kita pada masa akan datang...

Muslimah memerlukan seorang suami yang memahami, soleh dan sama-sama memperjuangkan dakwah islamiah di jalan Allah..
Oleh itu, akar tunjangnya iaitu suami perlulah kuat dalam pelbagai aspek..
Panjang itu saya berhujah disini, insya Allah saya akan cuba mencari maklumat tentang hal ini...

Cuma di sini saya ingin berkonsi dengan antum semua iaitu berdoalah dan mohonlah yang terbaik dalam kehidupan kita..
Mohonlah agar Si dia menjadi penguat dan dapat mendekatkan dirimu dengan syurga Allah ;)

Saya ingin berkogsi doa yang selalu saya baca selepas solat kepada antum semua... SELAMAT BERAMAL~ MOGA ALLAH KUATKAN HATI KITA DENGAN KEBEENARAN DAN KETENANGAN

Ya RABBI, kurniakan daku seseorang yang ku perlu, bukan yang ku mahu..
Cintakanlah daku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMU,
Agar bertambah kekuatan cintaku kepadaMU..


Jagalah cintaku ini agar tidak melebihi daripada cintaMU..
Izinkanlah daku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMU,
Agar ku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu sahaja..


Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMU,Ya ILAHI..
Rindukanlah daku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMU..
Jagalah keni'matan mencintai kekasihMU,
Agar tidak melebihi keni'matan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMU..


Jagalah rinduku padanya agar ku merindukan syurgaMU..
Ku mendambakan cinta suci yang terjaga,
Cinta kerana ALLAH tidak ternilai harganya,
Hubungan ini kan terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan YANG MAHA KUASA..


Ya ALLAH, Ya Rahman..Ya Rohiim..
Andainya dia adalah jodohku yang ditetapkan olehMU kepadaku,
Maka campakkanlah ke dalam hatiku cinta kepadanya adalah cinta keranaMU,
dan campakkanlah ke dalam hatinya cinta kepadaku adalah cinta keranaMU jua..
Berikanlah kami kekuatan, kesabaran & keimanan yang teguh agar pasrah dalam menghadapi ujianMU..
ALLAHUMMA AMIIN......


Allah~ Allah~ Allah~
Cinta itu indah jika ALLAH menjadi matlamat utama..
Sesungguhnya ALLAH tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita..


Ya ikhwan, daku menyintaimu kerana agama yang ada padamu,
Jika kau hilangkan agama pada dirimu, maka hilanglah cintaku padamu..

1 comment: