Wednesday, March 7, 2012

Berterus-teranglah...itulah yang terbaik...

Bismillahirrahmanirrahim~

Semua sihat2 aje ;)
Hati ini dibelenggu rasa bersalah dan inginkan kepastian :'(
Entahla, saye pon tak pasti....cume saya sangat berharap agar saye/dia dapat berterus-terang, itulah yang TERBAIK ^_^
Saye wanita yang lemah....lemah sangat... :'(
Hanya doa bekalan saye untuk mengubat hati yang sedih dan keseorangan tika ini...
Ya Allah, bantulah hambaMu...



Berterus terang adalah satu sikap positif yang perlu dimiliki oleh kita. Ramai yang tidak memiliki sifat ini dan akhirnya banyak memendam rasa. Berterus terang dalam banyak keadaan adalah amat baik untuk mengelakkan stress. Kita perlu menanamkan rasa atau sifat berterus terang ini kerana inilah satu sifat jujur yang menjadikan diri seseorang individu itu seorang yang tidak mudah berburuk sangka dan juga boleh mengelakkan stress. Tetapi untuk berterus terang bukanlah satu perkara yang mudah jika ianya tidak dibentuk dari kecil. Kita sering diajar agar tidak terlalu berterus terang namun sifat itu sebenarnya adalah punca konflik dan ketegangan yang seterusnya membawa kepada stress. Kita tidak berterus terang kerana takut risiko yang bakal berlaku bila kita berterus terang.

Takut risiko itu sebenarnya adalah EGO. Rasa ego itu adalah kerana kita tidak mahu bertanggungjawab atas apa yang bakal berlaku bila kita berterus terang. Dalam banyak konflik terutama didalam pengurusan organisasi, berterus terang adalah jalan penyelesaian terbaik termudah dan penuh berhemah. Berterus terang saja jika ianya salah kita dan mohon maaf ... terpulang kepada individu tersebut untuk memaafkan kita.

Berterus terang juga menjadikan kita tidak hipokrit dan menipu orang lain termasuk menipu diri kita sendiri. Berterus terang jika kita tidak suka kepada sesuatu dan katakanlah ia dengan perkara yang bberhemah ... insyaAllah Tuhan akan bersama kita. Berterus teranglah jika kita sukakan sesuatu kerana mungkin bila kita tidak berterus terang rezeki yang sudah hampir menjadi milik kita mungkin akan terlepas ke tangan orang laun. Berterus teranglah jika kita tidak setuju dengan sesuatu kerana mungkin jika tidak kita mungkin akan menanggung kesannya sepanjang hidup kita. Berteru terang boleh menjadikan badan kita sihat begitu juga minda kita. Ini kerana beban untuk berfikir tetang sesuatu perkara itu telah kita lepaskan... no more stress.

Panjatkan rasa rendah diri dan setiasa mohon dengan Allah agar dalam setiap tindakan kita Allah sentiasa berikan kita kekuatan. Berterus teranglah jika kita terperangkap dalam sesuatu konflik kerana bila kita berselidung ianya langsung tidak memanfaatkan kita. Suatu masa bila orang dah tahu hakikat sebenarnya semua yang kita cuba selindungkan dulu pastinya sia-sia. Beranikan diri.. berterus teranglah dalam banyak hal ... walaupun mungkin ada sedikit perkara yang kita perlu mendiamkan diri.

p/s : Untuk peringatan diri saye, memang pedih dan pahit kalau kite nak terima kejujuran sesorang itu kalau die berterus-terang yg mane boleh menyebabkan hati kita sedih dan terguris. Tapi, untuk kebaikan diri dan orang lain...berterus-teranglah~ itu lebih baik ^_^ yep, bukan mudah untuk terima, tapi insya Allah pasti ada hikmahnya. Allah itu Maha Adil, Dia tahu ape yang terbaik untuk HambaNya.

Teguhkan hati, tetapkan iman dalam diri untuk menerima qada' dan qadar Ilahi ;) Berdoalah selalu agar Allah mengurniakan apa yag terbaik untuk kita. Jangan sampai sikap kite yang tidak mahu berterus-terang ( EGO), banyak pihak yang terguris dan mungkin memberi harapan yang tinggi terhadap sesuatu akhirnya putus ditengah jalan.Cari masa yang sesuai untuk berkata~ Selamat Beramal....

No comments:

Post a Comment