Monday, March 5, 2012

Matlamat Cintaku

Bismillahirahmanirahim~
Entry kali ni hasil perkongsian saye dan sahabat saye A'isyah ;)
Semoga ia bermanfaat....

Untuk saya,
ketenangan hati itu bermula dengan hubungan kita terhadap Ilahi.
Baik hubungan dengan Allah,
tenang dan kuatlah hati ini.
-----------------------
ya allah dekatkan lah hatiku dengan mu. amin :')

____________________________________________


Cinta lelaki perempuan itu hanya sub kepada kehidupan.
Kerana itu, kita tidak berbicara akan cinta lelaki perempuan saban status, saban kerja, saban artikel dan saban karya.

Tetapi cinta kepada Allah itulah matlamat kehidupan. RedhaNya. SyurgaNya.
Kerana itu, kita perlu bijak menilai yang manakah matlamat, dan yang manakah sampingan ke arah matlamat.

Silap di atas perkara ini,
akan membuatkan manusia menyibukkan diri semata-mata terhadap cinta lelaki dan perempuan, hingga menjadikan itu sebagai matlamat, dan Allah hanyalah sampingan untuk mencapai matlamat.
--------------------------------------------------
Islam itu,
bukan pada cinta semata-mata.
Tidak berwaktu, tidak bermusim.
Sepanjang masa,
dalam setiap juzu' kehidupan kita.

maka. allah.

nota kaki : Disaat kamu jatuh hati pada seseorang, pastikan seseorang itu adalah orang yang tepat utk memungut hatimu yg jatuh dan membersihkannya dari debu & kotoran, lalu menyimpannya di tempat yg layak di dlm hidupnya...

No comments:

Post a Comment