Monday, January 23, 2012

Balik balik buat dosa, taubat...eh, putus asa dah?

Assalamualaikum ^_^
Bismillah...

Aku selalu dihimpin persoalan ini.
Bukan hanya aku,
Malah kawan-kawan selalu bertanya.

Seperti biasa, aku akan cuba yang terbaik untuk menerangkan kepada mereka,
Mengkhabarkan kepada mereka dengan ayat-ayat Allah yang pasti banyak berita gembira yang memujuk mereka

Kadang kadang... walaupun sebenarnya selalu,
Aku rasa kecewa, kosong,
Sebab tak berjaya menyampaikan sesuatu kebaikan kepada sahabat dan anak usrah,
Sebesar mana peluang yang Allah bagi padaku untuk sama-sama kongsi ilmu yang ada,
Naqibah apakah aku?

Aku insan biasa,
Punya banyak kekurangan yang pasti tidak dilihat orang,
Sebab Allah masih sayang aku,
Baiknya Allah menutup aib yang ada pada diriku dengan sedikit kebaikan yang aku lakukan,
Terima kasih Ya Allah...

Tapi aku masih ada daya,
Berusaha untuk lakukan yang terbaik,
Mengajak insan ke arah kebaikan sambil mengingatkan diri sendiri,

Hidup pada memberi,
Moga Allah Reda,
Syurga ku kecapi,
Insya Allah


Hilal Asyraf

Buat dosa,
Bertaubat sungguh-sungguh, usaha nak tinggal,
Tiba-tiba jatuh semula, buat dosa balik.
Kemudian bertaubat sungguh-sungguh, usaha nak tinggal,
Tiba-tiba jatuh semula, buat dosa yang sama balik.
Dan begitulah.
Sehingga akhirnya rasa putus asa tiba.

"Aku ini memang ditakdirkan untuk berdosa dan masuk neraka agaknya."
Maka rasa untuk terus melakukan kejahatan tanpa nak bertaubat datang.

Di sinilah saya mengajak diri saya dan anda berhenti untuk berfikir sejenak.
Walaupun kita akan berterus-terusan 'gagal', mengapa mesti berhenti berusaha?
Kita tidak tahu sebenarnya takdir kita.

Bukankah lebih indah, kita hidup dengan mempersembahkan kesungguhan kita kepada Allah SWT? Allah bukan zalim. Dia Maha Adil. Dia akan kira usaha kita. Kita dapat berubah, tak dapat berubah, dapat tinggalkan dosa, tak dapat tinggalkan dosa, itu nombor 100.

Mari kita persembahkan yang terbaik kepada Allah SWT. Persembahkan bagaimana kita bersungguh berusaha, struggle, untuk cuci dosa kita, cari redhaNya. InsyaAllah, itu semua Allah kira.

Jangan sesekali putus asa. Bersangka baiklah kepadaNya.

----------------------------------------

"Rasa berdosa dan nak bertaubat itu sahaja, sudah satu kepositifan sebenarnya. Ada orang, rasa dosa pun tak ada."

2 comments: